19) SRA KAMPUNG TAMAN MEDAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Apakah status perancangan pembinaan semula Sekolah Rendah Agama Kampung Taman Medan?
-
Berapakah kos pembinaan SRA ini dan bilakah dijangka siap?
19) TABUNG AMANAH MARRIS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan ke Tabung Amanah MARRIS daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor serta jumlah peruntukan MARRIS yang diperuntukkan mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2012.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menaik tarafkan jalanjalan JKR Negeri Selangor bagi menampung kapasiti kenderaan yang semakin meningkat disebabkan pembangunan yang pesat?
19) MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi peruntukan membaikpulih dan menaiktaraf infrastruktur sukan ke dalam peruntukan tahunan Ahli Dewan Negeri?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah peruntukan tersebut?
19) BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan Bantuan Sihat Selangor yang berjaya serta implikasi kewangan bermula 2019 sehingga kini serta rawatan dan peralatan yang telah diberikan mengikut DUN?
19) PROGRAM TERJAH DENGGI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana program terjah denggi ini dapat mengurangkan kadar penyakit denggi di Selangor?
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengawal wabak denggi?
-
Berapa jumlah saman salah laku denggi, senaraikan mengikut PBT?
19) KENAIKAN GAJI PEGAWAI-PEGAWAI KERANI KAWASAN BAWAH ADUN DAN PEKERJA-PEKERJA KERAJAAN NEGERI SELANGOR PADA KESELURUHANNYA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Pernahkah kerajaan negeri mengkaji semula gaji-gaji bagi pegawai-pegawai kerani kawasan bawah ADUN-ADUN dan bagi pekerja-pekerja kerajaan Negeri Selangor?
-
Bilakah kali terakhir gaji-gaji pekerja-pekerja kerajaan negeri telah dinaikkan dan berapa banyak?
-
Adakah kerajaan negeri akan menaikkan gaji-gaji pekerja-pekerja kerajaan negeri?
19) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Perkhidmatan WiFi Selangorku seringkali terputus akibat pertukaran syarikat pembekal perkhidmatan Internet (ISP). Apakah punca masalah ini dan bagaimana masalah ini boleh diatasi?
19) NELAYAN TERANCAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Nelayan pesisir di Selangor menghadapi ancaman lanun, penculikan dan pelanggaran dengan kapal dagang. Berikan statistik nelayan Selangor yang terlibat dengan insiden tersebut dari tahun 2008?
-
Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Apakah bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada nelayan yang terbabit?
19) KUOTA BUMIPUTERA PERUMAHAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah perumahan di bawah kuota bumiputera yang masih belum dapat dijual? Sila senaraikan mengikut DUN.
-
Adakah Kerajaan Negeri membenarkan pertukaran kuota pemilikan bumiputera sekiranya terdapat rumah di bawah kuota bumiputera yang masih tidak terjual? Jika ya, apakah prosesnya?
19) MANIFESTO BANTUAN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?
-
Berapakah bilangan pasangan yang mendirikan rumah tangga di Selangor mengikut kaum / agama dari 2008 hingga 2012?
-
Apakah bentuk-bentuk bantuan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan negeri sekarang ini?