189) TERDAPAT BANGUNAN RUMAH YANG BARU SIAP DIBINA MENGALAMI KEROSAKAN SEPERTI RETAK, BOCOR, TANAH MENDAK DAN SEBAGAINYA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan untuk mengawasi kualiti rumah yang dibina oleh Pemaju?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap pemaju perumahan yang gagal menyiapkan rumah dengan sempurna?
189) MENAIKTARAF TAPAK NIAGA JRD, BATANG KALI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan dalam menambah baik kawasan tapak niaga di JRD, Batang Kali ini kerana kawasan tersebut agak sunyi dan tiada tarikan sebagai perniagaan lestari?
189) PINTU GERBANG MASUK UTAMA KE SELANGOR DARI NEGERI SEMBILAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Adakah usaha-usaha untuk membaik-pulih pintu gerbang masuk utama ke Selangor dari Negeri Sembilan? Jika ada, berapa dana yang diperuntukkan bagi kerja-kerja tersebut?
189) KEMUDAHAN AWAM UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah Pihak Berkuasa Tempatan telah menguatkuasakan Undang-Undang Kecil 34A?
-
Berapakah peruntukan yang diberikan oleh setiap PBT untuk membina kemudahan-kemudahan awam untuk OKU?
-
Apakah langkah-Iangkahyang akan diambil demi memastikan bangunan-bangunan awam lama yang tidak mematuhi piawaian akan diubahsuai supaya mematuhi Undang-Undang Kecil 34A?
189) PEMBINAAN MASJID BARU DENGKIL
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Kelulusan dan bajet dari MAIS dan Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Masjid Dengkil yang baru telah lama diluluskan. Apakah permasalahan yang menjadi halangan untuk projek ini?
-
Bilakah dijangka permasalahan ini akan dapat diselesaikan untuk membolehkan pelaksanaan projek ini diteruskan?
189) WASTE TO ENERGY JERAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan WTE di Jeram?
-
Apakah jaminan kewangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri atau anak syarikat kepada pembina WTE tersebut?
-
Berapakah tenaga dalam Kw/h yang dijangka dihasilkan setiap hari di WTE tersebut?
189) PROGRAM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah pendaftaran dari tahun 2008 hingga kini mengikut kawasan DUN.
-
Adakah kerajaan negeri bertimbang untuk membuka semula peluang kepada mereka yang telah melepasi tarik tutup pendaftaran memandangkan ada mereka yang tidak mengetahui tentang program ini?
189) MASALAH SAMPAH DI JALAN BUKIT KUCHING SASARAN SUNGAI BULUH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani masalah pembuangan sampah di tepi jalan kawasan berkenaan yang mencemar pandangan dan berbau busuk?
-
Di manakah tempat pembuangan sampah bagi masyarakat di kawasan berkenaan?
189) PENDIDIKAN ANAK-ANAK SELANGOR DI TIMUR TENGAH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Status pelajar terkini dan peruntukan yang telah disalurkan sehingga kini.
-
Adakah Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor berhasrat untuk menambah peruntukan tersebut kepada kemasukan pelajar-pelajar baru anak Selangor di masa hadapan?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membeli/memiliki bangunan baru untuk keperluan kediaman pelajar-pelajar anak Selangor di Timur Tengah?
189) SUBSIDI PERUMAHAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Program MyHome Kerajaan Persekutuan memberikan subsidi pembelian rumah sehingga RM30 ribu. Adakah kerajaan negeri bercadang dan mampu memberikan subsidi sedemikian?
-
Berapakah kadar diskaun untuk perumahan anak syarikat jika rakyat membelinya?