189) PEMBANGUNAN RUMAH PERSENDIRIAN DI BUKIT JUGRA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status tindakan susulan yang di lakukan oleh pihak PBT berkenaan siasatan terhadap pelanggaran syarat pembangunan rumah persendirian di Bukit Jugra?
189) JOM SHOPPING IBU TUNGGAL & OKU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan JOM SHOPPING untuk ibu tunggal dan OKU
-
Apakah perancangan bantuan dari Kerajaan Negeri untuk golongan ini pada masa akan datang.
189) PENGURUSAN SISA PEPEJAL OLEH KDEB
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah perbezaan pengurusan sisa pepejal oleh KDEB dari segi mekanisme,kos,pemantauan dan keberkesanan dalam penyelesaian aduan rakyat tentang sampah di MPK,MPS dan MPAJ?
-
Berapa jumlah sampah domestik,komersil dan industri yang dikutip mengikut pecahan PBT bagi tempoh 2008-2017?
189) SKIM PERUMAHAN RAKYAT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Skim Perumahan Rakyat akan diwujudkan bagi membantu pembeli yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan?
189) TAPAK PENJAJA DI BUKIT BERUNTUNG DAN BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
MPHS telah mengeluarkan notis kepada semua penjaja di tepi jalan utama di kawasan Bukit Beruntung/Bukit sentosa atas tujuan pembersihan dan pengindahan jalan utama. Apakah MPHS akan menyediakan tapak niaga kepada penjaja yang terkesan?
189) SEKOLAH MENENGAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membina sekolah menengah baru di DUN Semenyih supaya dapat mengawal (kepadatan) kemasukan pelajar.
189) KAWALAN ANJING / KUCING LIAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapa ekor anjing dan kucing liar yang telah ditangkap oleh 12 PBT sepanjang tahun 2012.
-
Adakah negeri merancang untuk mengadakan satu tapak khas untuk simpanan sementara anjing / kucing liar yang ditangkap oleh PBT?
-
Sila nyatakan kaedah tangkapan anjing / kucing yang digunapakai oleh setiap PBT.
189) LESEN JUAL BARANGAN BESI BURUK DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan butir-butir nama syarikat perniagaan, lokasi berniaga yang memperolehi lesen menjual barangan besi buruk di daerah Kuala Langat.
-
Sila menyatakan berapakah jumlah permohonan lesen lulus dan ditolak sejak tahun 2013,2014 hingga bulan Oktober 2015?
-
Berapakah jumlah operasi menyita dan penguatkuasaan sejak tahun 2013,2014 hingga bulan Oktober 2015?
189) JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN DI PBT
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan keanggotaan dan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam setiap PBT pada tahun 2014, 2015 dan 2016.
-
Adakah teguran dan penemuan sebarang kelemahan, ketidakpatuhan serta pelanggaran prosedur ditambahbaik oleh pengurusan PBT masing-masing? Huraikan.
-
Sejauh manakah tindakan diambil oleh PBT ke atas semua pihak yang buat tuntutan kerja palsu, resit palsu dan gambar palsu?
189) MERAKYATKAN PERTANIAN LUAR BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk merakyatkan pertanian sebagai salah satu cabang program merakyatkan ekonomi Selangor?
-
Nyatakan jumlah yang diperuntukkan untuk merakyatkan pertanian bagi tahun 2019 ini.