188) LADANG AYAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pencemaran alam sekitar di Kuala Selangor dengan bau busuk dan lalat berpunca daripada ladang Ayam. Apakah langkah jabatan-jabatan terlibat untuk memantau ladang-ladang Ayam yang menimbulkan masalah?
188) PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Sejak pembukaan sempadan, berapakah statistik kemasukan pelancong domestik dan luar negara yang dicatatkan di Negeri Selangor?
-
Nyatakan kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan utama di kawasan anjung utara Selangor.
188) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah yang menyebabkan projek perumahan ini terbengkalai?
-
Bagaimanakah cara untuk memulihkan projek perumahan tersebut?
-
Adakah sebarang tindakan boleh diambil terhadap pemaju yang bermasalah ini?
188) TENAGA MAHIR UNTUK INDUSTRI AEROANGKASA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah persiapan yang telah diambil dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menyediakan tenaga-tenaga mahir untuk Industri Aeroangkasa Negeri Selangor?
188) PREMIS BERSIH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah takrifan premis bersih dan kategorinya di kawasan PBT?
-
Apakah kriteria dan prosedur bagi mengiktiraf kebersihan sesebuah premis?
-
Adakah sebarang insentif terhadap premis bersih di kategori terbaik?
188) TALIAN SAHABAT SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah perincian program Talian Sahabat ini dan siapakah pengendalinya?
-
Nyatakan statistik mereka yang telah menggunakan perkhidmatan ini mengikut kaum, jantina dan kumpulan umur dari 2008-2013?
-
Apakah impak positif program ini kepada masyarakat?
188) NAMA-NAMA TAMAN / JALAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor menukar nama-nama taman berikut :- i) Southern Park Kepada Taman Selatan; dan ii) Taman Melawis kepada Taman Kampung Attap. Bilakah ianya akan ditukar ke nama asal?
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengisytiharkan secara rasmi Jalan Tengku Kelana sebagai ÒLittle IndiaÓ Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan beberapa jalan-jalan di Negeri Selangor atas nama tokoh-tokoh terkemuka seperti berikut yang telah banyak berjasa kepada Negeri Selangor seperti :- i) Encik Ramesan (Bekas ADUN Negeri Selangor) ii) Dr. V. David (Bekas ADUN Negeri Selangor) iii) Encik Devan Nair (Bekas Ahli Parlimen Negeri Selangor) iv) Puan Gengga Nair (Bekas ADUN Negeri Selangor) v) Encik Karam Singh (Bekas ADUN Negeri Selangor)
188) BILANGAN WARGA ASING YANG TINGGAL DALAM SETIAP RUMAH STRATA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Banyak aduan dibuat oleh penduduk Selangor berkenaan terlalu ramai bilangan warga asing yang tinggal dalam satu rumah terutamanya di rumah jenis Strata (Contoh: 10 orang tinggal di 1 flat). Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam mengendalikan isu ini?
188) APABILA TERDAPATNYA PENINGKATAN AKTIVITI SELAIN PERTANIAN ATAS TANAH PERTANIAN INI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar yang dirancang untuk mengawal permohonan penukaran status tanah pertanian kepada komersial?
188) SOKONGAN DAN PERLINDUNGAN WANITA DAN KANAK-KANAK
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kes keganasan rumahtangga semakin meningkat, adakah Kerajaan Negeri mampu menyediakan rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak dengan kerjasama bersama hotel/motel di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah jenis sokongan diberikan Kerajaan Negeri Selangor selepas mangsa berjaya keluar tetapi tiada sokongan ekonomi?