187) TENAGA MAHIR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan institusi awam yang dimiliki Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan kursus vokasional dan kemahiran serta jenis kursus yang ditawarkan.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri Selangor bagi memupuk dan melahirkan golongan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pasaran yang bertukar daripada intensif buruh kepada intensif pengetahuan dan kemahiran?
187) SURAU AL-AKHLAQIAH DAN KAFA INTEGRASI PINANG TUNGGAL
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Adakah tapak Surau Al-Akhlaqiah Kampung Pinang Tunggal merupakan tapak yang diwartakan sebagai tapak surau?
-
Bilakah surau tersebut didaftarkan?
-
Adakah pihak JAIS sedar operasi surau tersebut telah mengambil hak operasi KAFA Integrasi Kampung Pinang Tunggal sedangkan ada surau lain di depannya?
187) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berperancangan menyediakan rumah mampu milik di DUN Sungai Pelek?
187) KEGIATAN PERMAINAN WANG (MONEY GAME)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan atau peranan yang boleh dimainkan oleh PBT terhadap kegiatan permainan wang (money game)?
-
Nyatakan maklumat lesen perniagaan dan lokasi bagi syarikat-syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia ataupun syarikat "money game" mengikut PBT.
187) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pelajar tempatan yang diambil oleh UNISEL bagi tahun 2011-2013 mengikut pecahan kaum?
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pelajar asing yang menuntut di UNISEL mengikut Negara masing-masing bagi tahun 2011-2013?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menambah lebih banyak bilangan pelajar tempatan khususnya anak Selangor menuntut di UNISEL?
187) TANAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI DAERAH KLANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah milik kerajaan Negeri Selangor di Daerah Klang mengikut kategori
i) Tanah Pertanian
ii) Tanah Perindustrian
iii) Tanah Perniagaan
187) ANAK TIDAK SAH TARAF
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah bilangan anak-anak tidak sah taraf (anak luar nikah) yang telah didaftarkan di Negeri Selangor dari tahun 2011 dan 2012 dan apakah peratus pecahan mengikut bangsa?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mencegah masalah ini?
187) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 5 tahun yang lepas.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan keadaan sedemikian terus berlaku?
-
Sila nyatakan apakah langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan hak para pembeli rumah terpelihara?
187) PREMIUM TANAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kaedah pengiraan premium tanah?
-
Nyatakan jumlah kutipan tanah dari tahun 2010-2015 mengikut daerah.
187) KOS SARA HIDUP RAKYAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani kos sara hidup rakyat yang terbeban dengan keadaan ekonomi kini.
-
Berapakah peruntukan yang akan disediakan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar?