187) PEMBERIAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MELALUI JAKIM KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pemberian Kerajaan Persekutuan untuk membiayai elaun iman, guru kafa serta guru takmir?
-
Nyatakan pecahan untuk peruntukan tersebut?
187) BANTUAN PERNIAGAAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana keberkesanan program galakan barangan eksport untuk para peniaga di Selangor?
-
Senaraikan peserta di bawah program Kerajaan Negeri dan jenis barangan yang telah berjaya dieksport ke luar negara?
187) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kes gangguan air akibat dari pencemaran sungai dari 2016-2018.
187) MENYEMARAKKAN KEGIATAN BELIA BERWAWASAN DAN MAJU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif dan insentif pihak kerajaan negeri Selangor bagi belia berwawasan dan maju di negeri Selangor?
187) COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah bajet dan inisiatif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi membendung wabak ini daripada terus merebak.
-
Nyatakan secara terperinci inisiatif Kerajaan Negeri dalam pecahan kawasan DUN.
187) SEKRETARIAT TASK FORCE FELDA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Task Force Felda, membantu peneroka yang terbeban dengan skim pelaburan FGV yang gagal?
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi peneroka-peneroka Felda di Selangor?
187) PROGRAM JELAJAH EHSAN RAKYAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakan kerajaan dan PKPS mendapatkan bahan-bahan makanan dengan harga yang begitu rendah di mana apakah perbelanjaan keseluruhan yang ditanggung oleh PKPS dan adakah PKPS mampu menjana pulangan daripada aktiviti ini?
187) PERUNTUKAN SEKTOR PERINDUSTRIAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor perindustrian di DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?
187) KOMPLEKS PASAR BORONG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Syarikat PKPS Agro Industries Sdn Bhd menguruskan Kompleks Pasar Borong Selangor. Bagaimanakah prestasi kompleks pasar borong berkenaan dan keuntungan kepada syarikat?
-
Adakah wujud mekanisme untuk mengawal harga barangan dan peniaga warga asing di kompleks tersebut?
187) LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN TAMAN SERENDAH
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Dengan ketiadaan lampu isyarat di persimpangan keluar masuk Taman Serendah Makmur mengundang bahaya kepada penduduk setempat apabila hendak keluar simpang jalan tersebut. Apakah ada cadangan pihak kerajaan untuk meletakkan lampu isyarat di kawasan tersebut?