187) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berperancangan menyediakan rumah mampu milik di DUN Sungai Pelek?
187) KEGIATAN PERMAINAN WANG (MONEY GAME)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan atau peranan yang boleh dimainkan oleh PBT terhadap kegiatan permainan wang (money game)?
-
Nyatakan maklumat lesen perniagaan dan lokasi bagi syarikat-syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia ataupun syarikat "money game" mengikut PBT.
187) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pelajar tempatan yang diambil oleh UNISEL bagi tahun 2011-2013 mengikut pecahan kaum?
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pelajar asing yang menuntut di UNISEL mengikut Negara masing-masing bagi tahun 2011-2013?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menambah lebih banyak bilangan pelajar tempatan khususnya anak Selangor menuntut di UNISEL?
187) LAMPU ISYARAT DI PERSIMPANGAN TAMAN SERENDAH
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Dengan ketiadaan lampu isyarat di persimpangan keluar masuk Taman Serendah Makmur mengundang bahaya kepada penduduk setempat apabila hendak keluar simpang jalan tersebut. Apakah ada cadangan pihak kerajaan untuk meletakkan lampu isyarat di kawasan tersebut?
187) ANAK TIDAK SAH TARAF
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah bilangan anak-anak tidak sah taraf (anak luar nikah) yang telah didaftarkan di Negeri Selangor dari tahun 2011 dan 2012 dan apakah peratus pecahan mengikut bangsa?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mencegah masalah ini?
187) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 5 tahun yang lepas.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan keadaan sedemikian terus berlaku?
-
Sila nyatakan apakah langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan hak para pembeli rumah terpelihara?
187) PREMIUM TANAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kaedah pengiraan premium tanah?
-
Nyatakan jumlah kutipan tanah dari tahun 2010-2015 mengikut daerah.
187) KOS SARA HIDUP RAKYAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani kos sara hidup rakyat yang terbeban dengan keadaan ekonomi kini.
-
Berapakah peruntukan yang akan disediakan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar?
187) TANAH PENEROKA DI IJOK
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berkenaan dengan isu tanah yang melibatkan sekumpulan peneroka di Ijok kebelakangan ini, adakah kerajaan telah menerima saman pemula daripada pihak yang tidak puas hati dengan keputusan kerajaan?
-
Adakah SPRM telah memulakan siasatan terhadap Kerajaan Selangor dan mana-mana agensinya yang terlibat?
187) BAYARAN CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah Cukai Barang & Perkhidmatan yang telah pihak kerajaan Selangor & PBT masing-masing bayar kepada kerajaan pusat dari permulaan hingga kini.
-
Nyatakan impak implementasi cukai tersebut terhadap Kerajaan Negeri.