185) KESALAHAN MEMBERI, MENJUAL DAN MEMAKAI DARJAH KEBESARAN YANG TIDAK DIIKTIRAF OLEH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kes berlakunya salah guna, memberi, menjual dan memakai Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor selepas Dewan Undangan Negeri membuat pindaan Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (mencegah daripada salah guna) 1962?

    Klik jawapan »

  2. Apakah hukuman yang telah diberikan untuk pesalah?

    Klik jawapan »

185) PENUKARAN METER AIR PUKAL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah pangsapuri kos sederhana dan rendah yang telah berjaya menukarkan meter air pukal kepada meter air individu bagi menikmati pemberian air percuma di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan-halangan yang masih dihadapi oleh mereka yang tidak berjaya menukarkan meter air pukal?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu menyelesaikan halanganhalangan ini?

    Klik jawapan »

185) PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Dengan berpandukan Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, apakah pengajaran daripada peristiwa Covid-19 yang didapati oleh seluruh rakyat Selangor berdasarkan agama masing-masing?

185) SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini peserta HIJRAH dan nilai pinjaman yang telah disalurkan

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah status pembayaran balik pinjaman terkini peserta-peserta HIJRAH

    Klik jawapan »

  3. Adakah Skim Mikro Kredit Selangor benar-benar telah dapat menjana kejayaan peserta HIJRAH sehingga dapat mengeluarkan diri mereka daripada kesempitan hidup? Berapa peratuskah kisah kejayaan berbanding peruntukan yang telah disalurkan?

    Klik jawapan »

185) TAPAK BAGI PEMBINAAN SURAU DI KAWASAN PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Surau bagi penduduk Islam di flat Taman Prima Selayang yang berjumlah lebih 300 keluarga disediakan di sebuah unit flat di tingkat bawah Blok A. Keperluan bagi mendapatkan sebuah tapak yang sesuai bagi membina sebuah surau yang lebih selesa telah pun dimajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pernah saya bangkitkan dalam Sidang Dewan yang lalu. Sayugia dimaklumkan bahawa di kawasan yang sama telah ada kuil Hindu dan tokong bagi kaum cina dan ini menjadikan orang Islam setempat merasakan kebajikan mereka telah tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri. BAdakah usaha serius dibuat oleh Majlis Perbandaran Selayang untuk mengenal pasti tapak bagi membangunkan surau untuk penduduk Islam di kawasan berkenaan oleh kerana adalah mustahil untuk penduduk di situ mengenal pasti sendiri tapak yang sesuai bagi maksud tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan penduduk Islam di kawasan flat ini dan kawasan-kawasan serupa di dalam Negeri Selangor mendapat surau yang lebih selesa bagi menjalankan aktiviti keagamaan dan kebajikan ummah?

    Klik jawapan »

185) PERUNTUKAN AHLI MMKN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan peruntukan yang digunakan oleh setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut portfolio masing-masing, bagi tahun 2010 sehingga kini termasuk YAB MB, YB SUK, YB PWN dan YB PUU.

185) STATUS PROJEK TRANSLOKASI LEMBU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah status projek translokasi lembu di Olak Lempit?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah PBT untuk menangani isu lembu kementerian

    Klik jawapan »

185) RANCANGAN JANGKA PANJANG UNTUK MANFAATKAN DEWAN-DEWAN TERBIAR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan jangka panjang untuk memanfaatkan dewan-dewan terbiar seperti Dewan Orang Ramai Blok S Sungai Burung, termasuk mungkin menjadikannya hab komuniti digital, hab pertanian atau apa-apa pengunaan yang signifikan terhadap binaan tersebut?

    Klik jawapan »

185) MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Kawasan pilihanraya DUN Sri Muda termasuk sebahagian kecil ke dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Huraikan, kenapakah kawasan Kampung Bukit Lanchong, USJ 22 hingga USJ 27, seluruh kawasan Putra Heights, Putra Bistari, Putra Avenue dan sekitarnya tidak dicatatkan sebagai kawasan Dun Sri Muda hingga kebanyakan urusan majlis tidak mengundang Adun kawasan?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah perubahan dalam sempadan majlis dapat di buat dan huraikan kenapakah aduan pada majlis sebelum ini tidak diambil tindakan segera?

    Klik jawapan »

185) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah terkini Bas Smart Selangor mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  2. Berapakan jumlah kos pembelian dan penyelenggaraan bas dari tahun 2014- 2017?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jumlah pengguna Bas Smart Selangor dari 2014-2017 mengikut PBT

    Klik jawapan »