185) KEBAJIKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan senarai jumlah bajet untuk setiap Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah masing-masing.

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan senarai pemohon DUN Teratai yang berjaya diterima dan gagal ditolak untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh 2013 hingga masa kini.

    Klik jawapan »

185) WAU TRADISIONAL

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Bertulis


  1. Adakah sebarang perancangan dari Kerajaan Negeri dalam usaha menggalakkan lagi penggiat wau tradisional di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan persatuan wau yang masih aktif sehingga kini.

    Klik jawapan »

185) PEMASANGAN BILLBOARD #BEBASANWAR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kos yang dibelanjakan untuk memasang Billboard Bebas Anwar di seluruh Negeri Selangor mengikut kawasan PBT?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang diberi kontrak mencetak serta memasang billboard berkenaan?

  3. Mohon menyatakan daripada peruntukan agensi Kerajaan Negeri mana digunakan untuk pemasangan billboard tersebut?

185) KONSESI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah pemantauan yang dibuat terhadap prestasi syarikat pemegang konsesi dengan Kerajaan Negeri.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula tempoh konsesi yang diberi dengan memendekkan tempoh konsesi tersebut agar ianya dapat dipantau dengan lebih berkesan dengan menetapkan KPI yang sewajarnya

  3. Sila senaraikan syarikat-syarikat pemegang konsesi tersebut.

185) SHAH ALAM DIALOGUE

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pelaksanaan program Shah Alam Dialogue yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2019?

  2. Berapakah bilangan wacana atau program yang dianjurkan di bawah inisiatif Shah Alam Dialogue?

  3. Adakah Shah Alam Dialogue akan diteruskan dalam tahun 2020?

185) PEMBANGUNAN PEKAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap pembangunan pekan Pelabuhan Klang. Contoh: 1) Perhentian Bas Pelabuhan Klang 2) Jika dibandingkan 10 tahun dahulu pekan Pelabuhan Klang merupakan satu tempat yang meriah. Kini, suasana selepas jam 9 malam telah berubah sehingga ada yang menggelarkannya sebagai ÒPekan Tanjung BalaiÓ. Di manakah silapnya?

    Klik jawapan »

185) PERUNTUKAN RM200,000 AHLI DEWAN NEGERI PEMBANGKANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri menerima sebarang surat rasmi daripada Ahli Dewan Negeri Pembangkang yang menolak penggunaan peruntukan RM200,000?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Ahli Dewan Negeri Pembangkang yang masih tidak menggunakan peruntukan RM200,000 tersebut?

    Klik jawapan »

185) MANIFESTO PILIHANRAYA KE 13, SKIM MESRA USIA EMAS : MEMBERIKAN WANG HADIAH HARIJADI RM100 BAGI ULANG TAHUN KE 60

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Bilakah kerajaan negeri akan memberikan program tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Selain dari wang hadiah, apakah ada bentuk bantuan yang lain?

    Klik jawapan »

185) BINGKAS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menilai semula tempoh bantuan BINGKAS daripada 2 tahun kepada 1 tahun supaya lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat menikmati bantuan BINGKAS ini?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah kuota setiap DUN dipertimbangkan untuk ditambah jumlah penerima bantuan?

    Klik jawapan »

185) PEMODENAN PERTANIAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan apakah bentuk pemodenan pertanian yang telah berjaya dilaksanakan di Selangor

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai.

    Klik jawapan »

  3. Apakah mercu tanda atau trademark pertanian untuk negeri Selangor?

    Klik jawapan »