19) MENARA TELEKOMUNIKASI DI MASJID-MASJID
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah masjid-masjid yang membenarkan syarikat-syarikat TELCO menyewa tapak masjid?
-
Berapakah jumlah penyewaan yang dibayar kepada JAIS?
-
Adakah masjid-masjid mendapat hasil daripada penyewaan tapak tersebut?
19) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Tapak pelupusan sampah di Negeri Selangor tidak boleh menampung keperluan rakyat sedangkan sampah semakin meningkat dan tapak pelupusan semakin terhad. Apakah rancangan masa depan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengguna teknologi terkini untuk mengatasi masalah ini?
19) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bagaimana sambutan peniaga terhadap kempen bebas plastik.
-
Nyatakan kekangan yang telah dihadapi oleh kempen ini.
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar?
19) PERSEMPADANAN SEMULA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan atau cadangan Selangor dalam proses persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya mengemukakan cadangan persempadanan bagi Selangor?
19) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terbaru sehingga hari ini?
-
Apakah masalah yang dihadapi?
19) ISU PERPINDAHAN SETINGGAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Mengenai isu program perpindahan setinggan Kg Bunga Raya yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Apakah perkembangan terkini program perpindahan tersebut?
19) PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN 2019
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah program pembangunan modal insan yang telah dirancangkan bagi tahun 2019?
-
Adakah ianya meliputi program pasca perkahwinan seperti yang telah dinyatakan di dalam belanjawan 2019?
19) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar di Selangor?
-
Bagaimana kerajaan negeri merancang untuk mengurangkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar?
19) DASAR PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN PERUMAHAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar-dasar baru dibuat atau diperkenalkan oleh YB Exco Perumahan dan Keusahawanan dalam memikul tanggungjawab sebagai Exco pada penggal ke 14 ini?
19) BAIK PULIH APARTMENT KRISTAL
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam menangani isu projek Apartmen Kristal yang terbengkalai sejak sekian lama?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mengatasi masalah yang rata-rata unit Kristal sudah ada pembeli dimana mereka hanya terpaksa membayar hutang bank begitu sahaja kerana rumah dibeli terbengkalai?