185) REZAB NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Di manakah rezab tunai negeri dilabur dan disimpan
-
Berapa peratuskan pulangan hasil simpanan tunai tersebut setiap bulan
-
Nyatakan pendapatan kerajaan negeri hasil dari faedah simpanan rezab tunai
185) PROJEK D44 RAKYAT MEMAKI HAMUN MPAJ
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bukankah MPAJ hanya bertindak dalam skop dan bidang kerja yang ditetapkan? Tanpa pembelaan diri, yang pasti berlaku adalah terhakisnya kredibiliti MPAJ. Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak MPAJ?
185) GERAN HIJAU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak geran hijau yang telah diperuntukkan dan dibayar kepada pemohon pada tahun 2021 dan 2022?
-
Senaraikan kesemua penerima yang berjaya sejak geran ini disediakan sehingga sekarang.
185) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU DAN INDIA
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru pembinaan kedua-dua pusat kebudayaan ini memandangkan perbincangan telah bermula sejak lebih tiga tahun yang lalu tetapi ianya masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru?
185) GAJI MINIMA 1500 SEBULAN – MANIFESTO PAKATAN HARAPAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri (jika ada ) kearah mencapai Gaji Minima Rm1500?
-
Berapakah (Jika ada) Agensi-agensi kerajaan Negeri Selangor yang mengamalkan Gaji Minima RM1500?
185) MAKMAL HALAL SAINTIFIK SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini Makmal Halal Sainstifik Selangor?
-
Apakah matlamat sebenar kerajaan negeri menubuhkan Makmal Halal Saintifik Selangor?
185) ISU RUMAH MENDAP DAN RETAK DI JALAN SP7/19 BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM DAERAH KUALA LANGAT SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri dan pemaju perumahan untuk membantu pemilik-pemilik rumah yang terlibat isu rumah mendap dan retak sepanjang Jalan SP7/19, Bandar Saujana Putra, Daerah Kuala Langat, Selangor ?
-
Apakah punca-punca kejadian dikenalpasti mendapan yang telah berlaku disitu?
185) YAYASAN DAR AL-QARD AL-HASAN SELANGOR (YAQ)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif, fungsi dan skim di bawah YAQ?
-
Nyatakan pengarah dan pengurusan YAQ?
-
Bagaimanakah keberkesanan dan sumbangan YAQ untuk rakyat?
185) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi melaksanakan skim peduli sihat pada 2017.
-
Nyatakan jumlah pemilik kad tersebut yang belum pernah menggunakannya.
-
Nyatakan jumlah tuntutan bayaran dari klinik yang berdaftar pada 2017.
185) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Adakah semua perjanjian di antara KSSB dan kontraktor sedia diakses oleh orang awam?
-
Adakah KSSB menerbitkan laporan kewangan tahunan? Kalau ya, di mana?