184) TEATER DIRAJA SHAH ALAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kos binaan bangunan dan pengisian teater tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah pemaju yang bertanggungjawab dalam projek binaan?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah teater tersebut akan buka untuk kegunaan?

    Klik jawapan »

184) BEKALAN AIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah permohonan industri baru ditolak oleh kerajaan negeri kerana Syabas tidak dapat membekal air?

    Klik jawapan »

  2. Jika benar, apakah tindakan kerajaan negeri menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

184) RUMAH URUT DAN CYBER CAFE

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah rumah urut dan cyber cafe mengikut pecahan DUN di negeri Selangor?

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan rumah urut dan cyber cafe ini beroperasi secara mengikut peraturan?

185) PENUKARAN METER AIR PUKAL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah pangsapuri kos sederhana dan rendah yang telah berjaya menukarkan meter air pukal kepada meter air individu bagi menikmati pemberian air percuma di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan-halangan yang masih dihadapi oleh mereka yang tidak berjaya menukarkan meter air pukal?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu menyelesaikan halanganhalangan ini?

    Klik jawapan »

185) PELABURAN TEMPATAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2020 -2022?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan?

    Klik jawapan »

185) TAPAK BAGI PEMBINAAN SURAU DI KAWASAN PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Surau bagi penduduk Islam di flat Taman Prima Selayang yang berjumlah lebih 300 keluarga disediakan di sebuah unit flat di tingkat bawah Blok A. Keperluan bagi mendapatkan sebuah tapak yang sesuai bagi membina sebuah surau yang lebih selesa telah pun dimajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pernah saya bangkitkan dalam Sidang Dewan yang lalu. Sayugia dimaklumkan bahawa di kawasan yang sama telah ada kuil Hindu dan tokong bagi kaum cina dan ini menjadikan orang Islam setempat merasakan kebajikan mereka telah tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri. BAdakah usaha serius dibuat oleh Majlis Perbandaran Selayang untuk mengenal pasti tapak bagi membangunkan surau untuk penduduk Islam di kawasan berkenaan oleh kerana adalah mustahil untuk penduduk di situ mengenal pasti sendiri tapak yang sesuai bagi maksud tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan penduduk Islam di kawasan flat ini dan kawasan-kawasan serupa di dalam Negeri Selangor mendapat surau yang lebih selesa bagi menjalankan aktiviti keagamaan dan kebajikan ummah?

    Klik jawapan »

185) PERUNTUKAN AHLI MMKN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan peruntukan yang digunakan oleh setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut portfolio masing-masing, bagi tahun 2010 sehingga kini termasuk YAB MB, YB SUK, YB PWN dan YB PUU.

185) MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Kawasan pilihanraya DUN Sri Muda termasuk sebahagian kecil ke dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Huraikan, kenapakah kawasan Kampung Bukit Lanchong, USJ 22 hingga USJ 27, seluruh kawasan Putra Heights, Putra Bistari, Putra Avenue dan sekitarnya tidak dicatatkan sebagai kawasan Dun Sri Muda hingga kebanyakan urusan majlis tidak mengundang Adun kawasan?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah perubahan dalam sempadan majlis dapat di buat dan huraikan kenapakah aduan pada majlis sebelum ini tidak diambil tindakan segera?

    Klik jawapan »

185) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah terkini Bas Smart Selangor mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  2. Berapakan jumlah kos pembelian dan penyelenggaraan bas dari tahun 2014- 2017?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jumlah pengguna Bas Smart Selangor dari 2014-2017 mengikut PBT

    Klik jawapan »

185) PENGGUNAAN DEWAN DAN BALAIRAYA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Mohon pihak Kerajaan Negeri mengkaji dan menyelaraskan isu pengurusan dan penyelenggaraan samada melalui pertubuhan taman atau jawatankuasa kampung.

  2. Sila berikan senarai lengkap semua fasiliti dewan dan balai raya (beserta gambar dan lokasi ) yang di bawah pengawasan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam DUN Dusun Tua.

    Klik jawapan »