184) SEMINAR MAQASSID SYARIAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri ingin melaksanakan saranan-saranan dalam Seminar Maqassid Syariah anjuran Kerajaan Negeri Selangor?
184) PROJEK PERUMAHAN PKNS
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dan jenis perumahan yang siap dibina, sedang dibina dan akan dibina oleh PKNS dari 2008-2017 mengikut PBT.
-
Nyatakan harga tertinggi dan harga terendah rumah yang dibina PKNS.
-
Nyatakan bilangan projek dan jumlah unit Rumah Selangorku yang dibina PKNS
184) PRESTASI PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR(PKPS)
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan dalam mempertingkatkan prestasi PKPS memandangkan kebanyakan projeknya masih menanggung kerugian?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dalam salah laku pengurusan Projek Taman Orkid Antarabangsa (International Orchid Park)?
-
Apakah rancangan dan tindakan yang diambil terhadap pihak pengurusan dalam kes kegagalan Projek Taman Landskap dan Taman Herba?
184) ISU PERLANTIKAN NAZIR DAN JAWATANKUASA MASJID
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
-
Apakah kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam dalam melantik nazir-nazir ini?
184) STATUS PEMBINAAN MASJID AL EHSAN SG SERAI, DUSUN TUA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah status terkini permohonan membina masjid baru Al Ehsan di Kg Sg Serai, Dusun Tua?
-
Apakah usaha yang telah dilakukan untuk mempercepatkan proses pembinaan masjid ini.
184) CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) YANG DIKENAKAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jenis perkhidmatan di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
-
Berapakah jumlah kos cukai GST yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut kategori?
-
Apakah kesan Cukai GST terhadap Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2015?
184) Kempen Bebas Plastik
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Selangor telah melarang menggunakan plastik sekali guna dan juga penyedut mulai Julai 2019. Apakah usaha kerajaan dalam mendidik generasi masa depan mengenai pelaksanaan ini sekaligus dalam meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka menangani masalah perubahan iklim?
184) PERHUTANAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pendapatan negeri Selangor daripada hasil hutan bagi tahun 2008 hingga 2014?
-
Nyatakan keluasan hutan simpanan kekal yang telah diwartakan setakat tahun 2014
-
Senaraikan pemegang permit penggunaan yang masih aktif serta aktiviti yang dijalankan setakat tahun 2014
184) MISI LAWATAN PERDAGANGAN, PELABURAN DAN PEMASARAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian lengkap sejak 2014 tentang misi perdagangan, pelaburan dan pemasaran dalam dan luar negara terutama bilangan lawatan, pecahan kos setiap lawatan, bilangan ahli EXCO dan pegawai yang menyertai, Indeks Prestasi Utama dan kejayaan yang dicapai berbanding sasaran.
184) KEMARAU 2025
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kelewatan pembangunan LRA Sungai Rasau, nyatakan kesiapsagaan Selangor menghadapi Kemarau 2025 dari segi (a) keterjaminan air dan (b) keterjaminan makanan.
-
Nyatakan strategi pengurusan permintaan (water demand management) dalam menghadapi Kemarau 2025.