183) PENDIDIKAN KHAS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan dan usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan khas untuk golongan OKU di negeri Selangor?
-
Berapakah bantuan/peruntukan yang telah / akan digunakan NGO dan institusi swasta yang mengusahakan pemulihan dan pendidikan khas?
183) YAYASAN HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi Yayasan Hijrah untuk membantu ekonomi masyarakat luar bandar?
-
Nyatakan jenis dan jumlah bantuan kepada masyarakat luar bandar oleh Yayasan Hijrah.
183) KEJATUHAN HARGA SAWIT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani masalah kejatuhan harga sawit sekarang?
-
Adakah Kerajaan Negeri memperuntukkan inisiatif khusus kepada petani atau pekebun kecil untuk isu kejatuhan harga sawit?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan jika ada? Nyatakan.
183) TANAMAN SEMULA KELAPA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapa keluasan tanah yang telah ditanam semula dgn tanaman kelapa mengikut daerah di negeri Selangor?
-
Adakah kelewatan pelaksanaan projek tanaman semula kelapa dan sebab-sebab kelewatan tersebut?
183) BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pecahan bentuk bantuan yang diterima oleh SAR daripada jumlah peruntukan diberikan oleh Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan SAR yang telah menerima bantuan tersebut mengikut kawasan parlimen dan apakah bantuannya?
183) PROGRAM PENINGKATAN KUALITI HIDUP
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan setakat ini di bawah Program Peningkatan Kualiti Hidup Rakyat di bawah Program Geran Selangorku?
-
Berapa ramaikah rakyat yang telah menikmati faedah-faedah di bawah Program yang tersebut di atas?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan program tersebut?
183) LOJI PEMBANCUH SIMEN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Senaraikan loji pembancuh simen yang berlesen dan tidak berlesen di kawasan MPSJ.
-
Nyatakan garis panduan kelulusan pembinaan loji pembancuh simen.
-
Apakah langkah pemantauan untuk memastikan tiada masalah pencemaran udara dan air, serta kerosakan jalan yang akan diakibatkan oleh pengusaha tersebut?
183) DEWAN TERBUKA DAN DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG BUKIT KAPAR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan kedua-dua dewan tersebut?
-
Bilakah manfaat tersebut dijangka dapat dinikmati rakyat setempat?
183) KESAMBUNGAN KEPADA SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar-dasar sedia ada dan/atau arahan yang telah diberikan kepada Kerajaan Tempatan untuk meningkatkan kesambungan penduduk-penduduk kepada sistem pengangkutan awam, terutamanya dari segi pembangunan?
183) MASALAH PELUPUSAN SAMPAH PEJAL
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tersebut dalam tempoh masa 2001-2007?
-
Berapakah perbelanjaan yang telah digunakan di setiap PBT bagi tempoh masa tersebut?
-
Berapakah jumlah kerugian dan pampasan yang telah dibelanjakan dalam Projek Pembinaan Loji Pelupusan Sampah Thermal di Broga, Semenyih?