183) BANJIR KILAT BERULANG DI KAMPUNG BARU CINA BATU 9
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang dirancang dan akan diambil kerajaan untuk mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Kg Baru Cina Batu 14?
183) PENDIDIKAN KHAS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan dan usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan khas untuk golongan OKU di negeri Selangor?
-
Berapakah bantuan/peruntukan yang telah / akan digunakan NGO dan institusi swasta yang mengusahakan pemulihan dan pendidikan khas?
183) YAYASAN HIJRAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi Yayasan Hijrah untuk membantu ekonomi masyarakat luar bandar?
-
Nyatakan jenis dan jumlah bantuan kepada masyarakat luar bandar oleh Yayasan Hijrah.
183) GERAN SELANGORKU RM300 JUTA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi keseluruhan pelaksanaan projek-projek Geran Selangorku berjumlah RM300 juta bagi 2012?
-
Apakah faktor-faktor yang menghalang sebahagian peruntukan disalurkan kepada beberapa segmen dalam program Geran Selangorku?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri menyalurkan baki RM300 juta sehingga Disember 2013?
183) BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pecahan bentuk bantuan yang diterima oleh SAR daripada jumlah peruntukan diberikan oleh Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan SAR yang telah menerima bantuan tersebut mengikut kawasan parlimen dan apakah bantuannya?
183) PROGRAM PENINGKATAN KUALITI HIDUP
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan setakat ini di bawah Program Peningkatan Kualiti Hidup Rakyat di bawah Program Geran Selangorku?
-
Berapa ramaikah rakyat yang telah menikmati faedah-faedah di bawah Program yang tersebut di atas?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan program tersebut?
183) LOJI PEMBANCUH SIMEN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Senaraikan loji pembancuh simen yang berlesen dan tidak berlesen di kawasan MPSJ.
-
Nyatakan garis panduan kelulusan pembinaan loji pembancuh simen.
-
Apakah langkah pemantauan untuk memastikan tiada masalah pencemaran udara dan air, serta kerosakan jalan yang akan diakibatkan oleh pengusaha tersebut?
183) KAFA MENENGAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menambah bilangan KAFA di peringkat menengah?
183) KOS AIR PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai kewangan yang dikeluarkan KDEB dan kerajaan negeri untuk menampung kos air percuma dari 2008 hingga 2014?
-
Apakah strategi kerajaan untuk memastikan pembiayaan dapat diteruskan di masa hadapan?
183) SMART SELANGOR SMART CITIES
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk perancangan yang boleh mendidik masyarakat awam untuk menjadi Smart Citizen dalam pembangunan infrastruktur Smart Selangor?
-
Berapakah peruntukan yang dikeluarkan dan penjimatan kos yang diperoleh daripada pembangunan Smart Selangor?
-
Setakat ini apakah tahap kejayaan yang telah dicapai Smart Selangor?