183) DATARAN NIAGA SERENDAH GOLF
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan untuk Dataran Niaga Serendah Golf yang terbiar tanpa ada perancangan untuk menambahbaik, promosi laluan keluar masuk yang sesuai dan boleh dimanfaatkan oleh peniaga?
183) NAIK TARAF MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci tarikh mula dan siap,jumlah,kos dan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja naik taraf Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
-
Bagaimanakah proses lantikan kontraktor dan senaraikan syarikat kontraktor yang memohon?
-
Adakah terdapat pertambahan kos untuk projek naik taraf masjid negeri?
183) MEMPERKASAKAN GOLONGAN BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pertubuhan belia, selain usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat?
-
Selangor adalah negeri maju. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk golongan belia supaya mereka tidak terpinggir dan tertinggal oleh arus kemajuan itu?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam waktu terdekat ini untuk golongan dan pertubuhan belia? Apa pula perancangan jangka panjangnya?
183) PUSAT KEBUDAYAAN CINA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Di mana letaknya lokasi Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor?
-
Bilakah Pusat Kebudayaan Cina dapat dilaksanakan dan disiapkan?
-
Berapa anggaran perbelanjaan untuk projek ini?
183) JEREBU DAN UDARA BERSIH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan tindakan Kerajaan Negeri bagi menangani masalah jerebu?
183) SUKMA 2024
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Bagaimana persediaan atlet menghadapi SUKMA 2024?
-
Apakah langkah yang telah diambil untuk memastikan prestasi kontinjen Selangor lebih baik daripada 2022?
183) TANAMAN KOKO
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Di manakah zon tanaman koko di Negeri Selangor?
-
Apakah insentif yang diberikan kepada penanam koko ini?
183) POKOK-POKOK LAMA DI BAWAH SELIAN PBT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pelan rancangan bagi penyelenggaraan tersebut.
-
Bilakah kerja penyelenggaraan pokok dapat dilakukan di sekitar Taman Perkasa
dan sebahagian kawasan di Taman Cheras Awana?
183) PUSAT PERJUDIAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Bagaimana pihak Kerajaan Negeri membanteras siber cafe yang menjalankan perjudian atas talian?
-
Nyatakan jumlah operasi penguatkuasaan ke atas pusat perjudian di Selangor pada tahun 2015 mengikut PBT?
-
Berapakah jumlah pusat perjudian yang berjaya ditutup pada tahun 2015?
183) RANCANGAN RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah membeli rumah-rumah kos rendah di dalam kawasan-kawasan Pekan di Negeri Selangor ?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah di kawasan-kawasan tersebut ?