182) PENGGUNAAN ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor telah meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti agensi-agensi kerajaan? Nyatakan bilangan dan jenis maklumat yang dirujuk?
182) KUTIPAN ZAKAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan zakat dari 2008 hingga 2013 mengikut jenis zakat?
-
Nyatakan jumlah Amil yang dilantik secara sah dari 2008 hingga 2013 mengikut daerah?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengekang Amil tidak sah di Selangor?
182) BANTUAN KEPADA PARA BELIA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai ahli belia atau persatuan belia yang telah mendapat bantuan dari kerajaan negeri dan apakah jenis bantuan itu?
182) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah permohonan serta kelulusan bagi pemohon JKM mengikut kategori pada tahun 2023 di DUN Dusun Tua.
-
Jelaskan syarat-syarat permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada JKM.
-
Adakah warga emas sebatang kara menumpang di rumah orang lain yang berpendapatan melebihi PGK Isi Rumah Semasa layak dipertimbangkan Bantuan Warga Emas (BWE)?
182) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pelancong domestik dan luar yang datang melawat Selangor sejak tahun 2008 hingga Jun 2012 mengikut pecahan daerah
-
Sila senaraikan 20 destinasi pelancongan yang paling digemari oleh para pelancong dan nyatakan apakah tarikan istimewanya ?
-
Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan yang telah dan bakal disalurkan kepada Dun Sekinchan khususnya dalam usaha mempromosikan dan menjadikan ia sebagai Destinasi Agro-pelancongan yang unik?
182) JAWATANKUASA TEKNIKAL ANTI PEMERDAGANGAN MANUSIA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan selepas pelancaran Jawatankuasa ini?
-
Apakah tugas utama dan sumbangan Jawatankuasa ini?
-
Nyatakan kriteria pemilihan Jawatankuasa dan PBT yang terlibat?
182) PERLANTIKAN PEGUAM MEWAKILI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah melantik peguam untuk melawan dalam kes saman melibatkan ADUN Pelabuhan Klang, ADUN Seri Muda, dan Perlantikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam melantik peguam bagi mewakili kes tersebut.
-
Senaraikan nama-nama syarikat guaman yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri.
-
Apakah kriteria dalam pemilihan syarikat-syarikat guaman tersebut.
182) UNISEL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri masih bercadang untuk memberi pendidikan percuma kepada penuntut UNISEL?
-
Apakah mekanisme yang digunakan oleh UNISEL untuk menjana pendapatan sendiri agar tidak bergantung sepenuhnya kepada dana Kerajaan Negeri?
182) LALUAN KHAS UNTUK LORI KUARI DI SEKITAR KAWASAN MATANG PAGAR, BUKIT LAGONG DAN DESA BUKIT INDAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Dimanakah lokasi laluan khas untuk kegunaan lori-lori kuari di kawasan ini akan dibina?
-
Berapakah anggaran kos pembinaan laluan khas tersebut?
-
Bilakah laluan khas itu akan mula dibina?
182) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN BATANG KALI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai projek menggantikan dan melebarkan jambatan di atas Sungai Batang Kali FT001/438/10? Jika ya, nyatakan butir-butir seperti tarikh siap, kos keseluruhan dan sebab kelewatan siap projek setelah beberapa kali EOT.