182) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pelancong domestik dan luar yang datang melawat Selangor sejak tahun 2008 hingga Jun 2012 mengikut pecahan daerah
-
Sila senaraikan 20 destinasi pelancongan yang paling digemari oleh para pelancong dan nyatakan apakah tarikan istimewanya ?
-
Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan yang telah dan bakal disalurkan kepada Dun Sekinchan khususnya dalam usaha mempromosikan dan menjadikan ia sebagai Destinasi Agro-pelancongan yang unik?
182) JAWATANKUASA TEKNIKAL ANTI PEMERDAGANGAN MANUSIA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan selepas pelancaran Jawatankuasa ini?
-
Apakah tugas utama dan sumbangan Jawatankuasa ini?
-
Nyatakan kriteria pemilihan Jawatankuasa dan PBT yang terlibat?
182) PERLANTIKAN PEGUAM MEWAKILI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah melantik peguam untuk melawan dalam kes saman melibatkan ADUN Pelabuhan Klang, ADUN Seri Muda, dan Perlantikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam melantik peguam bagi mewakili kes tersebut.
-
Senaraikan nama-nama syarikat guaman yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri.
-
Apakah kriteria dalam pemilihan syarikat-syarikat guaman tersebut.
182) UNISEL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri masih bercadang untuk memberi pendidikan percuma kepada penuntut UNISEL?
-
Apakah mekanisme yang digunakan oleh UNISEL untuk menjana pendapatan sendiri agar tidak bergantung sepenuhnya kepada dana Kerajaan Negeri?
182) LALUAN KHAS UNTUK LORI KUARI DI SEKITAR KAWASAN MATANG PAGAR, BUKIT LAGONG DAN DESA BUKIT INDAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Dimanakah lokasi laluan khas untuk kegunaan lori-lori kuari di kawasan ini akan dibina?
-
Berapakah anggaran kos pembinaan laluan khas tersebut?
-
Bilakah laluan khas itu akan mula dibina?
182) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN BATANG KALI
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai projek menggantikan dan melebarkan jambatan di atas Sungai Batang Kali FT001/438/10? Jika ya, nyatakan butir-butir seperti tarikh siap, kos keseluruhan dan sebab kelewatan siap projek setelah beberapa kali EOT.
182) PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah kesan Perubahan Iklim yang akan dihadapi oleh Selangor dan persiapan menghadapinya?
182) PENGURUSAN SAMPAH DI KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Adakah sebarang penambahbaikan terhadap sistem pengurusan sampah di kampung?
-
Berapakah kos yang terlibat di dalam pengurusan sampah kampung?
182) KUIL HINDU DI SEKSYEN 23, SHAH ALAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru isu pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23?
-
Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk mencari satu penyelesaian terhadap masalah yang lama dipinggirkan ini?
182) BANTING DAN BANNER AKTIVITI-AKTIVITI KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah membelanjakan berapa jumlah wang untuk tujuan banting dan banner untuk aktiviti-aktiviti kerajaan negeri sejak tahun 2008 sehingga 2012?
-
Apakah nama syarikat yang dapat kontrak-kontrak tersebut?
-
Siapakah nama pemilik syarikat?