180) STATUS KEWANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah terdapat peruntukan projek-projek pembangunan fizikal yang dimansuhkan?
-
Bagaimana pula dengan projek-projek penyelenggaraan?
180) PELUANG PERTANIAN SEMASA KRISIS EKONOMI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membuka lebih banyak tanah terbiar sebagai kawasan pertanian agar menggalakkan para penganggur untuk memulakan kegiatan perniagaan demi menawarkan suatu sumber pendapatan kepada yang kehilangan kerja pada masa yang sama mengembangkan bekalan stok makanan tempatan?
180) PENEMPATAN SETINGGAN DAN PEMBANGUNAN KG FAJAR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Cadangan pembangunan Kg Fajar telah dikemukakan sejak 2008 lagi. Sehingga kini tiada apa-apa perkembangan. Apakah Kerajaan tidak berminat untuk membangunkan Kg Fajar sebagai penempatan setinggan melalui kaedah call for proposals?
180) PENGURUSAN UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Bertulis
-
UNISEL adalah sebuah institusi yang terkenal di Negeri Selangor. Apakah UNISEL mempunyai tunggakan hutang dan jika ada berapa jumlahnya dan apa kaedah pihak pengurusan UNISEL menyelesaikan tunggakan hutang itu?
180) PERLOMBONGAN PASIR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pendapatan hasil dari perlombongan pasir oleh Kumpulan Semesta dari 2017-2020?
-
Senaraikan secara terperinci kontraktor yang telah dilantik mengendalikan perlombongan pasir?
-
Bagaimanakan kaedah lantikan kontraktor dan tempoh lantikan?
180) HUTANG TALAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Berapakah hutang Talam yang telah berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri?
-
Adakah jadual pengutipan hutang ini berjalan mengikut masa dan perjanjian yang telah ditandatangani? Sila berikan butir-butir
-
Bagaimanakah hutang yang telah dikutip dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?
180) WABAK DENGGI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik terkini kes denggi di Selangor mengikut umur dan PBT?
-
Apakah faktor kegagalan kerajaan negeri mengekang wabak denggi?
180) TANAH RIZAB ORANG ASLI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan usaha kerajaan dalam mewartakan tanah rizab Orang Asli di Selangor?
180) PREMIUM TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula kadar premium tanah yang sedia ada? Jika ya, nyatakan butir-butirnya?
-
Nyatakan premium tanah yang dikutip mengikut daerah pada tahun 2013 dan 2014.
180) PEMASANGAN LAMPU LED
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Memandang kepada pemasangan 50 buah lampu LED di setiap DUN di Negeri Selangor. Apakah status dan bilakah projek ini akan diadakan