180) BAJET KHAS PENYELENGGARAAN LIF RUMAH FLAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai bajet khas untuk mengatasi masalah lif-lif rosak di kawasan rumah flat?
180) TANAH-TANAH KERAJAAN YANG TIDAK DIBANGUNKAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang masih belum dibangunkan di DUN Hulu Bernam.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah-tanah tersebut?
180) PASAR BESAR MERU
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Pasar Besar Meru dan pasar-pasar besar di bawah seliaan MPK agak lesu sambutan dari orang Awam. Apakah perancangan masa depan yang dirancangkan oleh MPK untuk menarik minat orang awam untuk datang ke sini untuk membeli belah?
-
Kelantan menjadikan Pasar besar/borong seperti Pasar Siti Khadijah sebagai medan pelancongan domestik dan luar Negara. Adakah cadangan pengurusan MPK membawa pasar besar Meru ke arah seperti itu?
180) PROJEK PERUMAHAN ANAK SYARIKAT NEGERI SELAIN PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan projek dan jumlah unit perumahan baru yang dibina oleh anak-anak syarikat negeri selain PKNS?
-
Berapakah unit perumahan yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana?
180) PERANAN PENASIHAT EKONOMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah penasihat Ekonomi dapat membantu dalam pembangunan ekonomi negeri?
-
Sila nyatakan contoh sumbangan yang berjaya dibawa oleh penasihat ekonomi negeri.
180) MISKIN BANDAR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan sistem yang digunakan Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti jumlah pelajar bawah umur yang tercicir di bandar
-
Apakah pelan strategik untuk Kerajaan Negeri terhadap anak-anak dari keluarga miskin bandar agar mereka dapat keluar dari kategori ini?
180) PENSTRUKTURAN DAN PENYUSUNAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini rundingan di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat serta para Syarikat Konsesi berhubung kait dengan usaha penstrukturan tersebut?
-
Sila huraikan secara terperinci apakah cabaran dan halangan yang menyebabkan usaha tersebut masih belum mencapai kata sepakat?
-
Apakah kesan dan manfaat jangka pendek dan jangka panjang yang diterima oleh rakyat Negeri Selangor selepas penstrukturan dan penyusunan industri air tersebut berjaya dilakukan?
180) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan setakat manakah proses perlaksanaan kerja-kerja infrastruktur di bawah peruntukan tersebut ?
-
Sila senaraikan butiran terperinci sehingga terkini berapakah jumlah yang sudah dibelanjakan bagi kesemua tajuk yang ditetapkan dalam Geran Selangorku ?
-
Sila nyatakan apakah langkah dan tindakan drastik yang bakal diambil Memandangkan terdapat banyak aduan mengenai kelewatan perlaksanaan projek-projek di bawah Geran Selangorku ?
180) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis bantuan zakat serta kelayakan yang dikenakan keatas pemohon?
-
Berapakah jumlah penerima bantuan zakat secara terperinci di DUN Dusun Tua bagi tahun 2023 mengikut kategori yang diperuntukkan.
180) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Janji Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah sampah belum dapat dikotakan. Apakah usaha dan perancangan bagi mengatasi masalah ini?