180) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan setakat manakah proses perlaksanaan kerja-kerja infrastruktur di bawah peruntukan tersebut ?
-
Sila senaraikan butiran terperinci sehingga terkini berapakah jumlah yang sudah dibelanjakan bagi kesemua tajuk yang ditetapkan dalam Geran Selangorku ?
-
Sila nyatakan apakah langkah dan tindakan drastik yang bakal diambil Memandangkan terdapat banyak aduan mengenai kelewatan perlaksanaan projek-projek di bawah Geran Selangorku ?
180) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis bantuan zakat serta kelayakan yang dikenakan keatas pemohon?
-
Berapakah jumlah penerima bantuan zakat secara terperinci di DUN Dusun Tua bagi tahun 2023 mengikut kategori yang diperuntukkan.
180) KEMISKINAN DI DESA DAN KAMPONG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan dasar kerajaan negeri untuk mengurangkan paras kadar kemiskinan di Kawasan desa dan kampung?
-
Nyatakan jumlah penerima dari tahun 2008 hingga kini jenis bantuan yang telah diterima oleh setiap kaum dibawah Blueprint pembasmian kemiskinan.
180) KAWASAN HOTSPOT DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan hotspot denggi yang baru dikenalpasti di Selangor
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri ke atas kawasan tersebut?
180) PEMBAIKAN PADANG AWAM BATU 14 HULU LANGAT DAN SUNGAI LUI BATU 20
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan baik pulih pada padang awam Sungai Lui dan padang awam Batu 14 Hulu Langat?
-
Mohon kerajaan menambah baik infrastruktur padang awam di Batu 14 memandangkan keadaan kemudahan yang ada telah rosak dan tidak boleh digunakan.
180) PENETAPAN I-CITY SEBAGAI KAWASAN SEGI TIGA EMAS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor penetapan I-City sebagai kawasan segi tiga emas?
-
Apakah kesannya terhadap harga tanah di I-City dan kawasan sekitarnya?
180) JETI NELAYAN BERDAFTAR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jeti nelayan yang berdaftar dan tidak berdaftar di bawah DUN Sementa bersama bilangan nelayan mengikut jeti masing-masing.
180) PERSEMPADANAN BARU LOT-LOT KG MANIKAVASAGAM PULAU CAREY
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Adakah status ini disebabkan oleh pelebaran rezab jalan?
-
Apakah penyelesaian bagi sempadan yang melibatkan tapak rumah yang sedia ada?
180) RAMPASAN TANAH OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah keluasan rampasan tanah oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah dari tahun 2013-2015.
-
Apakah status tanah rampasan dan perancangan pada masa akan datang?
-
Nyatakan Standard Of Procedure (SOP) rampasan tanah?
180) KEBAJIKAN GELANDANGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah gelandangan di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina satu pusat perlindungan gelandangan di setiap daerah yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri?