18) KURSUS PENDIDIKAN PASANGAN SUAMI ISTERI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mengkhususkan kursus kepimpinan dalam rumah tangga, memandangkan penceraian yang tinggi berlaku di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan bercadang mengadakan kursus psikologi untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak sewaktu menghadapi zaman media Elektronik?

    Klik jawapan »

18) KERAJAAN NEGERI MENJADI PERANTARAAN UNTUK MEMUDAHKAN PERMOHONAN MEMPATENKAN PRODUK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah Kerajaan Negeri menjadi perantaraan untuk memudahkan permohonan mempatenkan produk-produk ciptaan mesin pembuatan oleh Industri Kecil Sederhana agar tidak ditiru oleh pihak lain?

    Klik jawapan »

18) PEKERJA LADANG (ESTATE)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Di bawah EXCO KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN yang bertujuan membantu dengan membina jati diri Pekerja Ladang Rakyat (Estate) agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan material, intelektual dan spiritual. Bertanya kepada YAB DatoÕ Menteri Besar : a) Berapa banyakkah peruntukan yang telah di gunakan untuk program sedemikian. b) Sejauh manakah keberkesanan peruntukan tersebut bagi meningkatkan pendapatan perkapita mereka.

    Klik jawapan »

18) KENAIKAN KOS SARA HIDUP

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat Selangor yang sedang menghadapi kenaikan kos sara hidup yang tinggi disebabkan peningkatan harga barang-barang keperluan dan perkhidmatan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan tegas yang telah diambil terhadap peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan mereka?

    Klik jawapan »

19) ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan bilangan pesalah yang telah didakwa di mahkamah syariah di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sejak tahun 2008 mengikut tahun dan jenis kesalahan yang dilakukan.

    Klik jawapan »

19) MEMPROMOSIKAN TEMPAT DAN NAIKTARAF KEMUDAHAN DI BATANG KALI

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf dari segi promosi dan kemudahan bagi menarik pelancong memandangkan jalan Batang Kali adalah laluan utama pelancong untuk ke Genting Highland?

    Klik jawapan »

19) PEMBANGUNAN KAWASAN LUAR BANDAR DAN DESA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri ada autoriti untuk menyelaraskan peruntukan dan projek luar bandar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

  2. Apakah status terkini projek pendaftaran jalan-jalan negeri yang didaftarkan dengan MARRIS?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status terkini projek pendaftaran jalan-jalan negeri yang didaftarkan dengan MARRIS?

    Klik jawapan »

19) KELUARGA MISKIN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah definisi kemiskinan?

    Klik jawapan »

  2. Mengikut definisi kemiskinan kerajaan, wujudnya berapa warga miskin di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Kalau ukuran kemiskinan adalah keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan, wujud berapa ramai warga miskin di Selangor?

    Klik jawapan »

19) INDUSTRI NUKLEAR DAN RADIOAKTIF

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pembangunan industri yang menggunakan bahan radioaktif dan nuklear dalam Selangor dan apakah syarat- syarat kelulusan sekiranya ada?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan industri yang menggunakan bahan radioaktif atau bahan nuklear serta jumlah hasil yang diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan PBT.

    Klik jawapan »

19) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Tapak pelupusan sampah di Negeri Selangor tidak boleh menampung keperluan rakyat sedangkan sampah semakin meningkat dan tapak pelupusan semakin terhad. Apakah rancangan masa depan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengguna teknologi terkini untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »