179) KEBOLEHPASARAN MAHASISWA UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kebolehpasaran mahasiswa Selangor dari tahun 2020-2023?
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Unisel dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat atau sumbangan kepada masyarakat?
179) GOLONGAN B40
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah keluarga dalam golongan sasar B40 yang telah berdaftar dengan e-Kasih
-
Senaraikan program IPR yang boleh dimohon untuk golongan B40 dan M40.
179) KANAK-KANAK ISTIMEWA DAN AUTISME
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah kanak-kanak istimewa dan autisme di Selangor mengikut umur dan bangsa
-
Nyatakan jumlah kanak-kanak istimewa dan autisme yang menerima bantuan dari Program Si Kembar dari tahun 2013 hingga kini.
179) BANTUAN KERANA COVID-19 UNTUK PENDUDUK LUAR BANDAR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan berhasrat untuk menambah peruntukan khas COVID-19 untuk rakyat Negeri Selangor khususnya untuk penduduk luar bandar?
-
Jika pandemik COVID-19 berterusan sehingga tempoh yang panjang, apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri Selangor untuk mendepani isu ini?
-
Adakah Kerajaan menimbangkan untuk membayar gantirugi kepada peniaga-peniaga dan petani-petani luar bandar yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh Kerajaan Pusat?
179) BANTUAN KEWANGAN SEKOLAH PERSENDIRIAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tarikh untuk penyerahan bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian di Selangor.
179) CARUMAN KUBUR DAERAH HULU SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah caruman kubur untuk Daerah Hulu Selangor sehingga kini?
-
Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan mengikut agama?
179) PORTFOLIO SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016
-
Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya
179) MAJLIS PENGANGKUTAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri menubuhkan Majlis Pengangkutan Selangor. Bagaimanakah status terkini dan sumbangan Majlis Pengangkutan ini?
-
Apakah fungsi dan skop Majlis ini berbanding Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)?
180) MEDAN SELERA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Keadaan medan selera yang tidak tersusun ditambah pula dengan tindakan beberapa peniaga yang membuat ubahsuai premis tanpa sebarang kawalan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu
ini? -
Berapakah jumlah medan selera yang terdapat di Dusun Tua?
-
Adakah terdapat perancangan untuk menaiktaraf medan selera seperti kemudahan
tandas awam dan parking?
180) PRESTASI ANAK SYARIKAT/ GLC SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Worldwide Sdn Bhd memulakan projek mega "Waste to Energy" di Jeram dan bercadang untuk satu lagi stesen di Kuala Langat.
a) Apakah prestasi kewangan dan berapa hutang Worldwide Sdn Bhd setakat 2023? -
Bagaimanakah syarikat membiayai projek mega yang dinyatakan?