179) PELAKSANAAN BAJET SELANGOR 2019
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci status pelaksanaan Bajet Selangor 2019 mengikut portfolio.
179) LANDSKAP DI PINTU MASUK
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membaikpulih dan mencantikkan pemandangan taman di sekitar pintu-pintu masuk ke Batang Kali?
179) RUMAH MAMPU MILIK DAN KOS RENDAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah projek yang sedang dan akan dibina mengikut jenis rumah serta lokasi di Dusun Tua?
-
Apakah langkah diambil bagi memastikan golongan B40 mampu memiliki kediaman tersebut?
179) PENYEDIAAN TONG SAMPAH DI PREMIS PERNIAGAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang diambil ke atas premis perniagaan yang tidak menyediakan tong sampah?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kebersihan di kalangan pemilik premis perniagaan di Selangor?
179) PROGRAM PENEMPATAN SEMULA (TRANSLOKASI) PENTERNAKAN LEMBU DI OLAK LEMPIT, KUALA LANGAT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program Penempatan Semula (Translokasi) Penternakan Lembu di Olak Lempit, Kuala Langat?
-
Bilakah operasi program ini akan dimulakan?
179) PENGURUSAN BENCANA ALAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prosedur yang dilaksanakan sekiranya berlaku tanah runtuh, banjir kilat dan kebakaran hutan?
-
Berapakah perbelanjaan kerajaan negeri bagi menguruskan bencana alam pada tahun 2014?
179) PANTAI MORIB
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Persekutuan telah meluluskan peruntukkan sebanyak 280 ribu yang dilaksanakan melalui Majlis Daerah Kuala Langat untuk penambahan Landskap Pantai Morib. Adakah kerajaan sedar projek itu dari peruntukkan persekutuan dan memantaunya?
-
Apakah kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan adakah ianya mengikut nilai peruntukan tersebut?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk mengembalikan kebersihan, keceriaan, keselesaan gerai dan kemudahan awam di pantai tersebut yang kotor dan uzur?
179) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Berdasarkan Enakmen Kebebasan Maklumat, adakah masih terdapat jenis maklumat yang tidak boleh diakses oleh orang ramai? Berikan contoh
-
Sebagai wakil rakyat dipilih rakyat, adakah Ahli Dewan Negeri boleh mendapat akses kepada semua maklumat yang mereka perlukan di bawah Kerajaan Tempatan?
179) PENIAGA KECIL DAN GERAI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan dalam usaha membantu usahawan penjaja kecil mendapatkan ruang berniaga dengan keadaan kawasan penjaja yang terhad?
-
Boleh ke mohon PBT tambah kawasan penjaja di kawasan DUN Jeram kerana ramai penduduk tempatan ingin berniaga mencari pendapatan akibat COVID-19?
179) KAWASAN RIZAB SUNGAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mewartakan sungai-sungai utama di Selangor?
-
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pengusaha-pengusaha yang menduduki tanah rizab sungai?
-
Adakah kerajaan membenarkan struktur-struktur bangunan yang berkaitan pengusahaan ekopelancongan atau aktiviti ternakan perikanan dibina di kawasan rizab sungai?