179) MASALAH BEKALAN AIR DI KAWASAN PADI DI SAWAH SEMPADAN TANJONG KARANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Umum memaklumi bahawa Tanjong Karang merupakan jelapang padi negeri Selangor. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kemarau yang melanda sawah-sawah padi di kawasan sawah sempadan bagi musim penanaman tahun 2012?

    Klik jawapan »

  2. Sekiranya ada usaha-usaha dibuat, nyatakan berapa jumlah kewangan yang dibelanjakan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha jangka panjang kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan penanaman padi di Tanjong Karang?

179) TANAH PKNS DI KUALA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan lokasi, keluasan dan nilai tanah-tanah milik PKNS yang terdapat di daerah Kuala Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang PKNS dan kerajaan negeri ke atas tanah-tanah tersebut?

179) PERLANTIKAN BARU BERMULA 2011 DI SELURUH PBT, GLC, JABATAN KERAJAAN DAN BADAN BERKANUN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan pelantikan baru YDP dan Datuk Bandar di semua PBT

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan pelantikan ahli-ahli pengarah yang dilantik dalam semua GLCs Selangor

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan pelantikan ketua-ketua pengarah jabatan-jabatan berkanun

    Klik jawapan »

179) PENGUATKUASAAN KEMPEN BEBAS PLASTIK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kerjasama yang dijalin bersama NGO dalam menggiatkan usaha memastikan kempen ini dipatuhi peniaga?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang drastik kepada peniaga seandainya masih berdegil?

    Klik jawapan »

  3. Apakah terdapat skuad atau badan khusus untuk memastikan penguatkuasaan bebas plastik ini sebagai satu yang serius bukan kempen bermusim?

    Klik jawapan »

179) PERJANJIAN MOU AIR ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini berhubung isu-isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri dalam tempoh 60 hari setelah perjanjian MOU air ini dimuktamadkan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jaminan kerajaan negeri bagi mempastikan perkara ini dapat diselesaikan tanpa ada sebarang masalah berbangkit dikemudian hari?

179) Kesihatan Mental

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani kesihatan mental pasca-Covid-19?

    Klik jawapan »

179) BANGUNAN-BANGUNAN KOMERSIL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Di dalam tempoh ekonomi yang meleset, terdapat banyak bangunan-bangunan komersil yang dibangunkan tetapi tidak dapat dijual. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak PBT / Kerajaan Negeri bagi memastikan kawasan ini tidak menjadi sarang jenayah / kawasan penempatan haram bagi golongan pendatang asing?

    Klik jawapan »

179) MIGRASI METER AIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Sejak pengumuman penukaran meter pukal kepada meter individu oleh kerajaan negeri, berapa pangsapuri yang telah mendapat manfaat air 20meter padu percuma daripada kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

179) PENCEMARAN SUNGAI LANGAT DI DUSUN TUA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Pencemaran sungai yang berpunca daripada sisa industri akibat daripada aktiviti perkilangan dan juga daripada sektor penternakan di mana sisa buangan ayam dan ikan dibuang ke sungai Hulu Langat. Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri mangambil langkah pencegahan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pengusaha yang tidak bertanggungjawab?

    Klik jawapan »

179) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Penjelasan bagaimana Eco World Development boleh umumkan hasrat membeli tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) seluas 2,198.4 ekar di Ijok yang masih dalam prosiding mahkamah pada harga bawah nilai pasaran dan sebarang penglibatan DEIG dalam rundingan tersebut.

    Klik jawapan »