178) PKNS DAN PENGANJURAN SEMINAR INTERNATIONAL HERALD TRIBUNE GLOBAL FORUM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah rasional PKNS bercadang untuk menaja RM3.3 juta bagi penganjuran Seminar International Herald Tribune Global Forum pada 27-28 Sept 2010?
-
Daripada sumber manakah PKNS akan membiayai penajaan tersebut?
-
Apakah alasan kerajaan menolak penajaan seminar tersebut?
178) PILI BOMBA BAWAH TANAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menukar "Under Ground Hydrant" kepada pili bomba atas tanah?
-
Jika ya, sila nyatakan tarikh akan dimulakan dan nyatakan sebab-sebab jika tidak.
178) PENGUPAYAAN NELAYAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengupayakan komuniti nelayan di Sungai Janggut dan Sungai Sembilang, Jeram dalam aspek pelancongan yang turut merupakan pelengkap kepada industri perikanan di kawasan ini?
178) GANJARAN RM 5000 UNTUK BANTERAS KEGIATAN CURI PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah tujuan utama dan bilakah ganjaran RM 5000 untuk Pengerusi dan Ahli JKKK ini akan diimplementasikan?
-
Sila perjelaskan apakah melalui kaedah memberi ganjaran RM 5000 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli JKKK yang melaporkan kegiatan mencuri pasir dapat membendung kegiatan tersebut?
-
Sila nyatakan selain memberi ganjaran, apakah langkah-langkah komprehensif yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kegiatan curi pasir kian berleluasa?
178) MASALAH BANJIR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Musim tengkujuh biasanya akan berlaku pada bulan November hingga Januari pada setiap tahun. Hujan yang lebat dan berpanjangan akan menyebabkan banjir berlaku. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut di kawasan Batang Kali yang selalu mengalami banjir tersebut ?
-
Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti punca masalah banjir tersebut berhubung kait dengan masalah saliran khususnya Sungai Batang Kali ?
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan negeri menyelenggarakan saliran dan sungai di DUN Batang Kali ?
178) INDUSTRI AIR BELUM DISTRUKTUR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor-faktor menyebabkan syarikat konsesi masih belum bersetuju dengan penstrukturan industri air?
-
Apakah jalan tengah yang boleh diambil kerajaan negeri agar situasi adalah menang-menang?
178) ASPEK KESELAMATAN DALAM MENJAGA HARTA KERAJAAN Ð SAR/SRA SELURUH SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak kes SAR/SRA telah dipecah masuk mengakibatkan banyak kehilangan harta benda kerajaan. Apakah peranan kerajaan untuk menangani aspek keselamatan untuk mengekang kehilangan harta kerajaan di SAR/SRA.
-
Berapakah sekolah SAR/SRA yang mempunyai pengawal keselamatan sepenuh masa 24 jam?
178) IBU TUNGGAL
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah ibu tunggal yang berjaya dibantu dengan pendekatan memberi peluang pekerjaan atau perniagaan untuk menyara kehidupan mereka?
-
Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap bantuan yang disalurkan sampai kepada ibu tunggal?
-
Bagaimana cara Kerajaan Negeri mengenal pasti status ibu tunggal jika ada yang tidak mendaftar atau melaporkan status semasa mereka?
178) KEBAJIKAN BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah janji manifesto untuk memberi bantuan mendirikan rumah tangga kepada golongan belia?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat sukan mini dan rekreasi untuk golongan ini sebagaimana yang dijanjikan ?
-
Apakah bentuk-bentuk biasiswa pelajaran yang telah diberikan kepada anak-anak Selangor selain hadiah RM1,000.00 bagi mereka yang mendapat tawaran ke universiti?
178) PENGHIJAUAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam mempromosikan penghijauan alam sekitar?
-
Berapakah bilangan pokok yang telah ditanam bagi tujuan penghijauan alam sekitar di Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?
-
Apakah langkah-langkah kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kesedaran rakyat Selangor dalam memelihara alam sekitar agar penghijauan alam sekitar menjadi amalan hidup rakyat?