178) TAMAN WARISAN, RANCANGAN BUKU HIJAU DAN TANAH RANCANGAN RANJAU & DEBOI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah Taman Warisan, di manakah lokasi-lokasinya di negeri Selangor, di bawah agensi manakah pentadbirannya dan apakah nombornombor gazet sekiranya lokasi-lokasi tersebut telah digazet
-
Sila jelaskan status dan kedudukan Rancangan Buku Hijau di mana penduduk-penduduk Kampong Klang Gate Baru telah dibenarkan meneroka tanah kerajaan satu ekar seorang sejak tahun 1976.
-
Sila nyatakan status pertanian secara berkelompok di kawasan Ranjau dalam mukim Setapak dan Deboi dalam mukim Hulu Kelang dalam konteks pemberian geran kepada sebahagian peneroka dan juga dalam konteks penafian geran kepada sebahagian peneroka yang lain di atas alasan telah digazet sebagai Taman Warisan.
178) MASALAH BANJIR KILAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan atau langkah-langkah tertentu oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya?
178) PUSAT PEMBERIAN VAKSIN DI MUKIM KLANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan petugas-petugas di Pusat Pemberian Vaksin Mukim Klang yang didapati positif semasa berkhidmat mengikut PPV masing-masing.
-
Adakah PPV yang petugasnya didapati positif ditutup untuk beberapa hari?
178) KERJA MENAIK TARAF
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Kenapa kerja menaiktaraf longkang di sepanjang Jalan Bukit Kemuning tidak dapat dijalankan walaupun Jawatankuasa Pelan Tindakan Banjir dibawah EXCO Infra telah memutuskan pembinaan ini diutamakan?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kilang yang telah dibina tanpa kebenaran dan menghalang saliran air?
178) TARIF GAJI KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT DUN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri masih mengekalkan taraf gaji kepada pegawai Pusat Khidmat DUN seperti sekarang? Pertambahan pengundi dan kerja yang melibatkan masyarakat semakin berat. Apakah Kerajaan Negeri untuk menilai semula dan menambah gaji kepada pegawai Pusat Khidmat DUN?
178) ASET MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci aset seperti tanah dan bangunan yang dimilik oleh MAIS mengikut daerah?
-
Nyatakan nilai dan lokasi aset milik MAIS yang telah dijual dari 2015-2020?
178) TABUNG PENDIDIKAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Di ÔMerakyatkan Ekonomi SelangorÕ, ada dilancarkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang. Berapakah bajet yang diperuntukkan untuk tabung ini dan bagaimanakah status penggunaannya?
-
Apakah kesan segera dan jangka panjang hasil manfaat daripada tabung ini?
178) PEMBANGUNAN TANAH-TANAH YANG TELAH DIWARTAKAN SEBAGAI TAPAK MASJID, SURAU DAN SEKOLAH AGAMA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan sedar terdapat tanah-tanah yang telah diwartakan tetapi masih belum dibangunkan selepas melebihi 2 tahun?
-
Apakah tindakan/rancangan kerajaan terhadap tanah-tanah tersebut?
-
Mohon statistik terkini tanah tersebut mengikut pecahan masjid, surau dan sekolah agama
178) PEMBALAKAN HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 berkenaan pembalakan haram, muka surat 52: ÒPada pendapat Audit, pelaksanaan penguatkuasaan oleh JPNS tidak memuaskan kerana tidak mengikuti sasaran jadual rondaan yang telah ditetapkanÓ. Laporan Ketua Audit muka surat 51 menyatakan: ÒKecurian kayu balak daripada aktiviti pembalakan haram mengakibatkan kerugian hasil Kerajaan seperti premium, royalti dan sesÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 63, Para 3.5.1.2 (b): ÒJabatan Perhutanan Negeri Selangor telah membentangkan kertas kerja kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 10 April 2009 menentukan bentuk tindakan yang akan diambil. Jabatan terus meningkatkan kawalan supaya penerokaan baru tidak berlakuÓ. Berapakah anggaran kerugian kepada Kerajaan Negeri di segi premium, royalti dan ses di seluruh negeri Selangor akibat aktiviti pembalakan haram ini?
-
Apakah langkah-langkah yang disyorkan oleh Jabatan dalam kertas kerja yang dikemukakan kepada MTES bagi mengatasi kelemahan ini?
-
Apakah bentuk-bentuk tindakan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri serta hasilhasil yang telah dicapai sepanjang tahun 2009 dan 2010?
178) ISU MOT PUTRA PERDANA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Isu MOT Taman Putra Perdana terus menjadi isu utama penduduk yang berpanjangan dan perlu campurtangan Kerajaan Negeri agar rakyat tidak terus berada dalam keadaan terumbang ambing berkenaan status tanah mereka. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai jalan bagi mempercepatkan proses penyelesaian isu ini agar tidak terus dijadikan modal politik yang akhirnya tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa?