178) PEMBALAKAN HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 berkenaan pembalakan haram, muka surat 52: ÒPada pendapat Audit, pelaksanaan penguatkuasaan oleh JPNS tidak memuaskan kerana tidak mengikuti sasaran jadual rondaan yang telah ditetapkanÓ. Laporan Ketua Audit muka surat 51 menyatakan: ÒKecurian kayu balak daripada aktiviti pembalakan haram mengakibatkan kerugian hasil Kerajaan seperti premium, royalti dan sesÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 63, Para 3.5.1.2 (b): ÒJabatan Perhutanan Negeri Selangor telah membentangkan kertas kerja kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 10 April 2009 menentukan bentuk tindakan yang akan diambil. Jabatan terus meningkatkan kawalan supaya penerokaan baru tidak berlakuÓ. Berapakah anggaran kerugian kepada Kerajaan Negeri di segi premium, royalti dan ses di seluruh negeri Selangor akibat aktiviti pembalakan haram ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang disyorkan oleh Jabatan dalam kertas kerja yang dikemukakan kepada MTES bagi mengatasi kelemahan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bentuk-bentuk tindakan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri serta hasilhasil yang telah dicapai sepanjang tahun 2009 dan 2010?

    Klik jawapan »

178) ISU MOT PUTRA PERDANA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Isu MOT Taman Putra Perdana terus menjadi isu utama penduduk yang berpanjangan dan perlu campurtangan Kerajaan Negeri agar rakyat tidak terus berada dalam keadaan terumbang ambing berkenaan status tanah mereka. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai jalan bagi mempercepatkan proses penyelesaian isu ini agar tidak terus dijadikan modal politik yang akhirnya tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa?

178) KESIHATAN KELUARGA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang tidak dapat hamil secara semulajadi?

    Klik jawapan »

  2. Oleh kerana kos untuk In Vitro Fertilisation (IVF) adalah sangat mahal, adakah Kerajaan Negeri pernah mengkaji untuk memberi bantuan subsidi bagi keluarga yang memerlukannya?

    Klik jawapan »

178) JALAN RAYA DI IJOK : JALAN SAGA ANTARA PERSIMPANGAN LATAR KE BESTARI JAYA BANYAK LUBANG DAN TIDAK RATA YANG TELAH MENGAKIBATKAN BANYAK KEMALANGAN DI SITU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah jalan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkenaan untuk hentikan kenderaan-kenderaan berat yang merosakkan jalan ini?

    Klik jawapan »

178) MENYUSUNAN SEMULA GERAI BAGI PENJAJA KECIL DI TAMAN LAGENDA SURIA, HULU LANGAT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan PBT untuk menyusun
    semula gerai penjaja kecil di Taman Lagenda
    Suria yang menjadi punca ketiadaan parkir
    dan kesesakan akibat tindakan peniaga
    berniaga secara berleluasa?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang diambil PBT dalam
    membendung masalah peniaga yang tidak
    berlesen dan berniaga di kawasan yang tidak
    sesuai?

    Klik jawapan »

  3. Terdapat gerai dan khemah yang usang
    ditinggalkan sehingga mencacatkan
    pemandangan dan suasana, apakah tindakan PBT?

    Klik jawapan »

178) JABATAN YANG MENERIMA PERTANYAAN JAWAB MULUT PALING BANYAK BAGI 2015

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan tiga jabatan yang paling banyak menerima pertanyaan jawab mulut sepanjang 2015.

    Klik jawapan »

  2. Apakah tiga permasalahan paling utama yang dikemukakan di atas?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah tiga permasalahan tersebut menjadi tumpuan pertanyaan bagi 2015?

    Klik jawapan »

178) EXCO DAN ADUN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Badan Pemantau Pentadbiran Negeri (SELCAT) telah melakukan penyiasatan bagi memastikan EXCO dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan. Senaraikan Exco dan ADUN yang terlibat dalam penyiasatan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah hasil siasatan dan adakah ia diuar-uarkan kepada umum?

    Klik jawapan »

178) UJIAN CALITAN COVID-19 (SWAB TEST)

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk melaksanakan ujian calitan COVID-19 (swab test) yang dilaksanakan di daerah-daerah dalam Negeri Selangor baru-baru ini?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah keberkesanan langkah ujian calitan secara sukarela tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah dapatan yang diperolehi hasil ujian calitan COVID-19 tersebut?

    Klik jawapan »

178) MEWUJUDKAN MEDAN SELERA SUNGAI BULOH (BERHAMPIRAN SHELL BBSB DI FT 54)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah MBSA menjadikan kawasan kedai makan besi sebagai Medan Selera Sungai Buloh dengan menaikkan taraf yang sesuai?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah MBSA mewujudkan lampu limpah dan Pintu Gerbang Medan Selera Sungai Buloh berserta papan tanda jalan yang menunjukkan medan selera berkenaan?

    Klik jawapan »

178) CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA SPR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mulakan langkah-langkah perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membetulkan persempadan semula yang tidak adil di Negeri Selangor?

  2. Apakah cadangan Kerajaan Negeri kepada SPR untuk mengelakkan (dengan izin) "gerrymandering" di Selangor?