178) PEMBANGUNAN TANAH-TANAH YANG TELAH DIWARTAKAN SEBAGAI TAPAK MASJID, SURAU DAN SEKOLAH AGAMA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan sedar terdapat tanah-tanah yang telah diwartakan tetapi masih belum dibangunkan selepas melebihi 2 tahun?
-
Apakah tindakan/rancangan kerajaan terhadap tanah-tanah tersebut?
-
Mohon statistik terkini tanah tersebut mengikut pecahan masjid, surau dan sekolah agama
178) KERJA MENAIK TARAF
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Kenapa kerja menaiktaraf longkang di sepanjang Jalan Bukit Kemuning tidak dapat dijalankan walaupun Jawatankuasa Pelan Tindakan Banjir dibawah EXCO Infra telah memutuskan pembinaan ini diutamakan?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kilang yang telah dibina tanpa kebenaran dan menghalang saliran air?
178) JALAN RAYA DI IJOK : JALAN SAGA ANTARA PERSIMPANGAN LATAR KE BESTARI JAYA BANYAK LUBANG DAN TIDAK RATA YANG TELAH MENGAKIBATKAN BANYAK KEMALANGAN DI SITU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah jalan ini?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkenaan untuk hentikan kenderaan-kenderaan berat yang merosakkan jalan ini?
178) JABATAN YANG MENERIMA PERTANYAAN JAWAB MULUT PALING BANYAK BAGI 2015
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tiga jabatan yang paling banyak menerima pertanyaan jawab mulut sepanjang 2015.
-
Apakah tiga permasalahan paling utama yang dikemukakan di atas?
-
Mengapakah tiga permasalahan tersebut menjadi tumpuan pertanyaan bagi 2015?
178) PEMBALAKAN HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 berkenaan pembalakan haram, muka surat 52: ÒPada pendapat Audit, pelaksanaan penguatkuasaan oleh JPNS tidak memuaskan kerana tidak mengikuti sasaran jadual rondaan yang telah ditetapkanÓ. Laporan Ketua Audit muka surat 51 menyatakan: ÒKecurian kayu balak daripada aktiviti pembalakan haram mengakibatkan kerugian hasil Kerajaan seperti premium, royalti dan sesÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 63, Para 3.5.1.2 (b): ÒJabatan Perhutanan Negeri Selangor telah membentangkan kertas kerja kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 10 April 2009 menentukan bentuk tindakan yang akan diambil. Jabatan terus meningkatkan kawalan supaya penerokaan baru tidak berlakuÓ. Berapakah anggaran kerugian kepada Kerajaan Negeri di segi premium, royalti dan ses di seluruh negeri Selangor akibat aktiviti pembalakan haram ini?
-
Apakah langkah-langkah yang disyorkan oleh Jabatan dalam kertas kerja yang dikemukakan kepada MTES bagi mengatasi kelemahan ini?
-
Apakah bentuk-bentuk tindakan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri serta hasilhasil yang telah dicapai sepanjang tahun 2009 dan 2010?
178) ISU MOT PUTRA PERDANA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Isu MOT Taman Putra Perdana terus menjadi isu utama penduduk yang berpanjangan dan perlu campurtangan Kerajaan Negeri agar rakyat tidak terus berada dalam keadaan terumbang ambing berkenaan status tanah mereka. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai jalan bagi mempercepatkan proses penyelesaian isu ini agar tidak terus dijadikan modal politik yang akhirnya tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa?
178) PENDENGARAN AWAM UNTUK PENDUDUK PROJEK ECRL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Selangor bercadang untuk membuat satu Pendengaran Awam terutama kepada penduduk yang terlibat dengan projek ECRL di Serendah?
178) CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA SPR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mulakan langkah-langkah perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membetulkan persempadan semula yang tidak adil di Negeri Selangor?
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri kepada SPR untuk mengelakkan (dengan izin) "gerrymandering" di Selangor?
178) EXCO DAN ADUN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Badan Pemantau Pentadbiran Negeri (SELCAT) telah melakukan penyiasatan bagi memastikan EXCO dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan. Senaraikan Exco dan ADUN yang terlibat dalam penyiasatan ini?
-
Apakah hasil siasatan dan adakah ia diuar-uarkan kepada umum?
178) MEWUJUDKAN MEDAN SELERA SUNGAI BULOH (BERHAMPIRAN SHELL BBSB DI FT 54)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bolehkah MBSA menjadikan kawasan kedai makan besi sebagai Medan Selera Sungai Buloh dengan menaikkan taraf yang sesuai?
-
Bolehkah MBSA mewujudkan lampu limpah dan Pintu Gerbang Medan Selera Sungai Buloh berserta papan tanda jalan yang menunjukkan medan selera berkenaan?