177) PELANCONGAN PULAU KETAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk membangunkan pelancongan Pulau Ketam yang satu-satunya pulau di Selangor dapat dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia dan dunia?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, nyatakan cadangan-cadangan atau jika tidak, nyatakan sebab-sebab.

    Klik jawapan »

178) RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB) DI SUNGAI SUBANG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peratus kemajuan terkini projek RTB Sungai Subang sehingga Januari 2025?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah projek ini dijangka siap sepenuhnya?

    Klik jawapan »

  3. Adakah masalah semasa yang dihadapi dalam melaksanakan projek ini?

    Klik jawapan »

178) PILI BOMBA BAWAH TANAH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat menukar "Under Ground Hydrant" kepada pili bomba atas tanah?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, sila nyatakan tarikh akan dimulakan dan nyatakan sebab-sebab jika tidak.

    Klik jawapan »

178) PKNS DAN PENGANJURAN SEMINAR INTERNATIONAL HERALD TRIBUNE GLOBAL FORUM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rasional PKNS bercadang untuk menaja RM3.3 juta bagi penganjuran Seminar International Herald Tribune Global Forum pada 27-28 Sept 2010?

    Klik jawapan »

  2. Daripada sumber manakah PKNS akan membiayai penajaan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah alasan kerajaan menolak penajaan seminar tersebut?

    Klik jawapan »

178) PENGUPAYAAN NELAYAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengupayakan komuniti nelayan di Sungai Janggut dan Sungai Sembilang, Jeram dalam aspek pelancongan yang turut merupakan pelengkap kepada industri perikanan di kawasan ini?

    Klik jawapan »

178) GANJARAN RM 5000 UNTUK BANTERAS KEGIATAN CURI PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Apakah tujuan utama dan bilakah ganjaran RM 5000 untuk Pengerusi dan Ahli JKKK ini akan diimplementasikan?

    Klik jawapan »

  2. Sila perjelaskan apakah melalui kaedah memberi ganjaran RM 5000 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli JKKK yang melaporkan kegiatan mencuri pasir dapat membendung kegiatan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan selain memberi ganjaran, apakah langkah-langkah komprehensif yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kegiatan curi pasir kian berleluasa?

    Klik jawapan »

178) MASALAH BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Musim tengkujuh biasanya akan berlaku pada bulan November hingga Januari pada setiap tahun. Hujan yang lebat dan berpanjangan akan menyebabkan banjir berlaku. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut di kawasan Batang Kali yang selalu mengalami banjir tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti punca masalah banjir tersebut berhubung kait dengan masalah saliran khususnya Sungai Batang Kali ?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan negeri menyelenggarakan saliran dan sungai di DUN Batang Kali ?

    Klik jawapan »

178) INDUSTRI AIR BELUM DISTRUKTUR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Apakah faktor-faktor menyebabkan syarikat konsesi masih belum bersetuju dengan penstrukturan industri air?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jalan tengah yang boleh diambil kerajaan negeri agar situasi adalah “menang-menang”?

    Klik jawapan »

178) ASPEK KESELAMATAN DALAM MENJAGA HARTA KERAJAAN Ð SAR/SRA SELURUH SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak kes SAR/SRA telah dipecah masuk mengakibatkan banyak kehilangan harta benda kerajaan. Apakah peranan kerajaan untuk menangani aspek keselamatan untuk mengekang kehilangan harta kerajaan di SAR/SRA.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah sekolah SAR/SRA yang mempunyai pengawal keselamatan sepenuh masa 24 jam?

    Klik jawapan »

178) IBU TUNGGAL

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis


  1. Berapa jumlah ibu tunggal yang berjaya dibantu dengan pendekatan memberi peluang pekerjaan atau perniagaan untuk menyara kehidupan mereka?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap bantuan yang disalurkan sampai kepada ibu tunggal?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana cara Kerajaan Negeri mengenal pasti status ibu tunggal jika ada yang tidak mendaftar atau melaporkan status semasa mereka?

    Klik jawapan »