177) PELANCONGAN PULAU KETAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk membangunkan pelancongan Pulau Ketam yang satu-satunya pulau di Selangor dapat dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia dan dunia?
-
Jika ya, nyatakan cadangan-cadangan atau jika tidak, nyatakan sebab-sebab.
177) BALAIRAYA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Didapati banyak balai raya dan dewan orang ramai dalam DUN Dusun Tua telah rosak dan tidak di selenggara dengan baik semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih bangunan tersebut. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan membaiki bangunan tersebut?
177) PROJEK NAIKTARAF JALAN BUKIT KEMUNING FT190
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan kerajaan berkenaan jalan ini dan apakah status terkini cadangan projek naiktaraf Jalan Bukit Kemuning FT190?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam usaha membaiki jalan ini sementara menunggu kelulusan projek naiktaraf?
177) PERUNTUKAN KAWASAN AHLI DEWAN NEGERI (ADN)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan menyenaraikan senarai kegunaan peruntukan Ahli Dewan Negeri Selangor sepanjang tahun 2013.
177) PENGURUSAN PASIR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah hasil pendapatan pasir kepada kerajaan negeri daripada tahun 2006- 2010?
-
Adakah satu jawatankuasa ditubuhkan bagi memantau hasil serta operasi pasir dan siapakah anggota dalam jawatankuasa tersebut?
-
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mempercepatkan kelulusan pengeluaran pasir sungai yang menyebabkan banjir dan badan manakah yang bertanggungjawab meluluskan pengeluaran pasir daripada sungai?
177) PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Selain LRT3 yang terbaru, apakah perancangan kerajaan untuk meningkat akses kemudahan awam?
-
Berapa peratus kadar penggunaan vs kapasiti kenderaan pengangkutan awam?
177) WARGA ASING
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan warga asing di Selangor?
-
Nyatakan statistik aduan yang diterima berkaitan masalah yang timbul ekoran dari kebanjiran warga asing di Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan untuk menangani masalah ini?
177) LAPORAN AUDIT UNISEL
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM 37.63 juta pada 2010. Apakah kesilapan tadbir urus yang menyebabkan kerugian tersebut?
-
Mengapakah kerajaan negeri menafikan berlaku kerugian sebelum laporan audit dikeluarkan?
-
Apakah langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan tersebut?
177) PERUMAHAN PJS1, RUMAH PANJANG
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kes perobohan rumah panjang PJS1, jelas menunjukkan tindakan pemaju yang engkar dan tidak mementingkan perumahan kos rendah untuk rakyat. Adakah Kerajaan Negeri ingin memperkenalkan beberapa polisi baru yang dapat mengawal pemaju-pemaju agar mereka tidak lari dari tanggungjawab sosialnya dan membina rumah kos rendah terlebih dahulu sebelum projek pembangunan lain di luluskan ?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebagai pengawal pembangunan untuk memastikan kes-kes seperti rumah panjang PJS1 tidak berlaku lagi ?
177) PUSAT DIALISIS
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pusat dialisis yang terdapat di Selangor mengikut DUN
-
Nyatakan jumlah pesakit yang menerima rawatan dari 2014-2017
-
Nyatakan jumlah peruntukan bagi membantu pusat dialisis di Selangor.