177) MARRIS 2016 UNTUK KAWASAN DUN PANDAMARAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Permintaan-permintaan yang telah dikemukakan oleh saya kepada Majlis Perbandaran Klang tentang projek MARRIS 2016 terhadap pembaikpulihan paritparit di kawasan DUN Pandamaran sejak Januari 2016 masih belum dilaksanakan sehingga kini. Apakah sebab atas kelewatan tindakan tersebut?
-
Bila projek MARRIS 2016 bagi DUN Pandamaran akan dimulakan?
177) PERUNTUKAN GERAN PADANAN BAGI PEMBAIKAN JALAN RAYA DI PELABUHAN KLANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan daripada jumlah keseluruhan geran padanan sebanyak RM50 Juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membaiki jalan-jalan sekitar Pelabuhan Klang? Sila senaraikan kerja-kerja yang telah, sedang dan akan dilaksanakan pada tahun ini.
177) JAWATAN DISANDANG ADUN BUKIT ANTARABANGSA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua jawatan yang masih disandang dan elaun yang diperolehi oleh ADUN Bukit Antarabangsa di bawah Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan sebab jawatan tersebut masih dikekalkan
177) KEMUDAHAN BALAI RAYA KOMUNITI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri dapat menyediakan peruntukkan kos fleksibel pembinaan balai raya komuniti di kawasan-kawasan yang tiada kemudahan tersebut?
177) BANTUAN UNTUK ORANG ASLI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah insentif serta bantuan pihak kerajaan kepada masyarakat orang asli di Dusun Tua khususnya bagi mereka menambah sumber pendapatan memandangkan kebanyakan daripada mereka tidak bekerja tetap dan kurang berkemampuan?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan orang asli terlibat dengan sistem pendidikan agar tidak ketinggalan?
177) SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK MELIBATKAN PASUKAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menayangkan siaran langsung perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Selangor di TV Selangorku?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menarik sokongan rakyat kepada pasukan bola sepak Selangor?
177) MENAMBAHBAIK PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR/ BENCANA ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Memohon menyediakan prasarana Pusat Pemindahan Sementara yang lebih baik dan selesa.
-
Memohan cadangan baik pulih Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai.
177) KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan subsidiari KDEB dengan anggaran nilai pasaran dan senarai ahli lembaga pengarah masing-masing.
-
Senaraikan gaji, elaun serta segala kemudahan yang diterima oleh setiap pengarah KDEB dan subsidiarinya
-
Senaraikan semua aset termasuk "land bank" yang dimiliki oleh KDEB dan subsidiarinya.
177) BAS UNTUK PBT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah status bas yang telah dijanjikan untuk diberikan kepada MPSJ untuk kegunaan orang ramai pada tahun lepas?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah jumlah bas ini memandangkan satu unit bas tidak mencukupi untuk kawasan pentadbiran MPSJ? Jika ya, nyatakan butir-butir.
177) SEKOLAH
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap keperluan sekolah di Bandar Puncak Alam yang tidak mencukupi?
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukkan bagi sekolah untuk mengadakan program motivasi peningkatan kecemerlangan keputusan peperiksaan tahunan?
-
Apakah inisiatif kepada anak yang cemerlang dalam mencapai keputusan peperiksaan?