177) SEKOLAH
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap keperluan sekolah di Bandar Puncak Alam yang tidak mencukupi?
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukkan bagi sekolah untuk mengadakan program motivasi peningkatan kecemerlangan keputusan peperiksaan tahunan?
-
Apakah inisiatif kepada anak yang cemerlang dalam mencapai keputusan peperiksaan?
177) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak projek perumahan terbengkalai dan rumah yang tidak mempunyai hak milik?
-
Setakat mana berjayanya usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini ?
-
Apakah perkembangan Taman Murni Sepang yang masih belum memperoleh hak milik walaupun sudah belasan tahun diduduki?
177) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperolehi tahun 2015 mengikut pecahan daerah?
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh setiap Negeri secara perbandingan dari 2011-2015?
-
Sila nyatakan apakah strategi yang dirancang bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke Negeri Selangor?
177) PERANCANGAN KERAJAAN UNTUK MENGELAK BANJIR BESAR KHUSUSNYA DI KAWASAN YANG DIKELILINGI SUNGAI DAN BERHAMPIRAN LAUT SEPERTI SELAT KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan kawasan penduduk yang padat dan di bawah aras air laut dilindungi dari bencana bah besar ?
-
Adakah kerajaan akan membina benteng di persisiran sungai di Kampung Delek dan Sg Udang?
177) GEOPARK DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah Dusun Tua terlibat untuk dibangunkan
sebagai calon `geopark'? -
Dimanakah kawasan-kawasan di Dusun Tua
yang telah dicadangkan untuk diwartakan
sebagai `geopark'?
177) MELEBARKAN KAWASAN ”RIVER OF LIFE”
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan membuat desakan kepada Kerajaan Pusat untuk melebarkan kawasan "River of Life" kepada lebih besar daripada jajahan DBKL?
177) PERUNTUKAN MESRA RAKYAT DUN-DUN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Di bawah peruntukkan mesra rakyat KHASNYA untuk DUN Morib ke manakah perbelanjaan tersebut di salurkan dan siapakah yang diberi tanggungjawab menguruskan perbelanjaan tersebut?
-
Apakah program-program mesra rakyat yang telah dilaksanakan pada tahun ini sehingga Oktober 2010. ?
177) PERKEMBANGAN JEJANTAS PEJALAN KAKI DI DENGKIL CENTRE POINT (UITM)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini projek pembinaan jejantas pejalan kaki di Dengkil Centre Point berhadapan UiTM Dengkil? Penyelesaian jangka pendek diperlukan bagi menjaga keselamatan pejalan kaki khususnya pelajar-pelajar UiTM agar tidak berlaku lagi kemalangan yang meragut nyawa.
177) PERUMAHAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran Kerajaan Negeri dalam penyediaan rumah mampu milik untuk tahun 2024?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menangani isu spekulasi hartanah yang menyebabkan harga rumah meningkat?
-
Bagaimanakah proses penawaran Rumah Selangorku dibuat kepada pemohon yang layak?
177) PENGANGKUTAN AWAM DAN KEMUDAHAN AWAM DI KAWASAN PELANCONGAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah laluan bas ke pusat tumpuan pelancong di Selangor contohnya seperti Bukit Broga Semenyih?
-
Berapakah peruntukan dibelanjakan bagi menaiktaraf kawasan pelancongan di Selangor sepanjang tahun 2017?