177) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Pemaju telah melalui suratnya kepada MPK bertarikh 1 Mac 2015 menolak senarai 181 penama penghuni Jalan Papan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri sebagai wajar menerima tawaran, maka mengakibatkan perkara ini tersangkut. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi keadaan 'deadlock' ini?
177) Apakah Status Prestasi Pemutihan Kilang Haram Sehingga Kini
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mahu melanjutkan lagi tempoh pemutihan yang sepatutnya berakhir pada 30 September 2020?
177) KEMUDAHAN BALAI RAYA KOMUNITI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri dapat menyediakan peruntukkan kos fleksibel pembinaan balai raya komuniti di kawasan-kawasan yang tiada kemudahan tersebut?
177) BANTUAN UNTUK ORANG ASLI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah insentif serta bantuan pihak kerajaan kepada masyarakat orang asli di Dusun Tua khususnya bagi mereka menambah sumber pendapatan memandangkan kebanyakan daripada mereka tidak bekerja tetap dan kurang berkemampuan?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan orang asli terlibat dengan sistem pendidikan agar tidak ketinggalan?
177) UNIVERSITI MADINAH DI CYBER JAYA, SEPANG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Ada ura-ura pihak Universiti Madinah akan membuka cawangannya di Cyber Jaya, Sepang. Sejauh manakah perancangan sudah dilaksanakan?
-
Apakah pendekatan dan pengajian yang ditawarkan?
-
Siapakah yang membiayai peruntukan bagi pengajian ini?
177) PINJAMAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah pelajar yang memohon pinjaman Yayasan Selangor sejak 2002 dan jumlah pinjaman yang dilulus mengikut tahun.
-
Berapakah di antaranya yang dapat keputusan cemerlang dan tidak perlu bayar balik pinjaman, berapakah dalam proses bayar balik dan berapakah enggan bayar pinjaman?
177) MENAMBAHBAIK PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR/ BENCANA ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Memohon menyediakan prasarana Pusat Pemindahan Sementara yang lebih baik dan selesa.
-
Memohan cadangan baik pulih Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai.
177) PANGSAPURI PENDAMAR 7A, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini permohonan Pangsapuri Pendamar 7A bagi membaikpulih bumbung yang sudah rosak?
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri akan menyediakan tempat tinggal sementara semasa kerja-kerja membaikpulih dilakukan?
177) PROGRAM WARGA EMAS SIHAT & PRODUKTIF
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menyediakan tempat tertentu yang mempunyai kemudahan dan peralatan kesihatan bagi warga emas bertemu, beriadah dan menjalankan aktiviti bermanfaat bagi mengekalkan kecerdasan dan terus produktif.
177) KERJASAMA ANTARA KERAJAAN DAN UNIVERSITI DIDALAM PERTANIAN DAN PERIKANAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada program kerjasama melibatkan universiti tempatan seperti UNISEL yang boleh menggalakkan lagi penyertaan masyarakat didalam pertanian bandar?
-
Masalah ikan bandaraya. Apakah ada kerjasama antara kerajaan dan UNISEL bagi mengekang kewujudan ikan bandaraya ?