18) BANTUAN AM KEBAJIKAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan penerima bantuan kebajikan di setiap daerah
-
Berapakah nilai serta jumlah bayaran Bantuan Am oleh Kerajaan Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penerima-penerima bantuan kebajikan sekarang?
18) PENGLIBATAN ANAK MUDA DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan untuk memberikan penglibatan yang lebih mendalam kepada anak muda Selangor terutama dalam penggubalan polisi Selangor?
-
Program Penggerak belia tempatan (PeBT) telah dilaksanakan sejak tahun 2008, adakah kerajaan negeri akan meningkatkan tahap perwakilan PeBT melalui pilihanraya?
18) DEWAN ORANG RAMAI DI TAMAN IMPIAN EHSAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Kawasan DUN Balakong kekurangan balai raya dan dewan orang ramai untuk kegunaan aktiviti penduduk taman seperti Taman Impian Ehsan, Taman Seri Timah, Taman Sutera dan lain-lain lagi. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperuntukkan bajet untuk mendirikan balai raya atau dewan orang ramai di taman-taman di kawasan DUN Balakong?
18) OPERASI MENGOSONG DAN MERUNTUH RUMAH/PONDOK SERTA MENGHENTIKAN AKTIVITI PENTERNAKAN DAN TANAMAN DALAM HUTAN SIMPAN RAJA MUSA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan sebenar kawasan tanaman yang dimusnahkan oleh Penguatkuasa Kerajaan Negeri?
-
Apakah tindakan undang-undang yang diambil ke atas peneroka-peneroka berkenaan?
-
Berapakah jumlah pampasan yang diberikan kepada peneroka-peneroka di kawasan berkenaan yang kehilangan sumber pendapatan?
18) TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Untuk Bantuan Sihat Selangor, adakah Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah penambahbaikan untuk mengurangkan tempoh masa pemprosesan permohonan yang kebiasaannya mengambil masa terlalu lama?
18) NYAMUK WOLBACHIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan penemuan pelepasan nyamuk wolbachia di Selangor dalam menangani wabak denggi.
18) PENINGKATAN TARAF HIDUP RAKYAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana kerajaan negeri meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah di Selangor?
-
Bagaimana kerajaan negeri menyokong peralihan golongan B40 ke M40 melalui peningkatan pendapatan?
18) LAWATAN LUAR NEGARA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua lawatan ke luar negara oleh semua anggota MMKN, bilangan anggota dan kakitangan yang terlibat serta jumlah perbelanjaan penginapan dan pengangkutan setiap rombongan untuk tahun 2017.
18) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM (PIPA)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci status pelaksanaan PIPA.
-
Adakah matlamat meningkatkan nisbah 60:40 pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian telah tercapai?
18) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG DI DUN SENTOSA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan MPK yang mempunyai aduan penduduk setempat.
-
Apakah tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Negeri dan MPK terhadap kilang-kilang di Lot 10439 Jalan Sungai Jati yang melakukan pembakaran terbuka sehingga mencemarkan alam sekitar di DUN Sentosa?
-
Senaraikan tindakan yang telah diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka oleh MPK di DUN Sentosa.