175) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan aktiviti belia yang sudah dilakukan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor sepanjang tahun dari 2008 hingga 2011 dan nyatakan kos keseluruhan program terlibat mengikut tahun.
175) MENAIKTARAF JALAN UTAMA KAMPUNG PENDAMAR MUKIM TELOK GADONG DAERAH KLANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menaiktaraf dan melebarkan jalan utama Kampung Pendamar yang semakin sesak dengan kenderaan berat seperti lori kontena demi keselamatan penduduk setempat?
175) PROGRAM PEMBANGUNAN ANAK MUDA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bersedia menyediakan tempat perniagaan untuk golongan usahawan anak muda, terutamanya di DUN Teratai?
-
Bilakah Kerajaan dapat menyediakan dataran anak muda di DUN Teratai?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk program pembangunan anak muda?
175) KELAB PJ
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status permohonan pajakan tanah oleh Kelab PJ di Lorong Sultan Petaling Jaya?
175) PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan pada tahun 2014 dan 2015 mengikut daerah?
-
Nyatakan jumlah peniaga-peniaga kecil yang telah berjaya melepasi PGK melalui program bantuan tersebut?
-
Apakah jenis perniagaan dan bantuan peralatan/mesin yang diterima oleh mereka?
175) BAIK PULIH KEDAI PLB DI KAWASAN PASAR PAYA JARAS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal selia kedai-kedai PLB di kawasan berkenaan?
-
Apakah perancangan untuk menaik taraf kedai-kedai PLB di kawasan ini?
-
Berapakah anggaran kos baik pulih tersebut?
175) DOS “BOOSTER” DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mulakan vaksinasi SelVAX komuniti dan industri dos ketiga di Selangor?
-
Berapakah jumlah orang yang telah terima dos ketiga daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan program SelVAX? Sila pecahkan kepada pekerjaan masing-masing,
175) BEKALAN AIR BERSIH TANPA GANGGUAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan gangguan bekalan air bersih serta punca bekalan terputus, yang telah berlaku dari 2018 sehingga sekarang.
-
Bagaimana Air Selangor menyelesaikan masalah gangguan bekalan air tersebut?
-
Mengapa pencemaran air sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah sering berlaku? Apakah tindakan yang diambil dan langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan?
175) PEMERKASAAN AGAMA ISLAM
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasa Agama Islam melalui enakmen-enakmen sedia ada, adakah akan memindanya?
-
Nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disediakan dan disalurkan untuk tujuan tersebut?
175) PEJABAT PENASIHAT EKONOMI DAN KETUA STAFF PEJABAT YAB MENTERI BESAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah struktur organisasi dan berapakah kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi dan Pejabat Ketua Staf?
-
Berapakah perbelanjaan gaji bulanan kakitangan yang terlibat untuk kedua-dua pejabat ini?
-
Berapakah perbelanjaan operasi Pejabat Penasihat Ekonomi dari tahun 2010 hingga sekarang.