175) RUMAH IBADAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menstruktur semula rumah-rumah ibadat yang didirikan secara haram bagi mengelakan kes seperti kuil Mahamariaman di Seafield USJ?
-
Apakah tindakan pihak PBT untuk mengawal pembinaan rumah ibadat persendirian yang didirikan di dalam kompound persendirian penduduk Taman?
175) MASALAH ANJING LIAR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan serta rancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah anjing liar yang semakin banyak berkeliaran terutamanya di kawasan-kawasan perumahan di sekitar bandaraya Shah Alam?
175) CASH BAND (M) BERHAD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Cash Band (M) Berhad merupakan anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Nyatakan bidang dan projek di bawah syarikat ini?
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan syarikat sepanjang penubuhannya?
-
Sejauh manakah sumbangan syarikat kepada kumpulan?
175) PUSAT HIBURAN BERLELUASA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Terdapat ramai anak-anak muda malah dewasa terlibat dengan gejala sosial malah ramai yang menjadi pelanggan pusat hiburan, rumah-rumah urut dan premis mesin slot judi yang semakin banyak premis-premis seperti ini di mana-mana. Ianya telah banyak memberi implikasi bukan saja kepada pelaku tetapi turut menjejaskan kehidupan keluarga mereka. Apakah langkah berkesan yang dilakukan oleh negeri bagi mengatasi masalah-masalah tersebut?
175) PRESTASI SUKAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian terbaik sukan Negeri Selangor dalam semua bidang sukan setakat ini?
-
Apakah usaha melahirkan pelapis atlet dijalankan?
175) SKIM PEMBERIMILIKAN TANAH
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis tanah kediaman yang tidak tergolong dalam pembayaran premium pendahuluan RM 1000 dan dapat potongan 30% sekiranya bayaran penuh dibuat dalam masa 6 bulan?
175) TEMPAT IBADAT AGAMA SELAIN DARIPADA ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) apabila melakukan operasi di kawasan agama selain daripada Islam? Jika ya, sila bekalkan.
-
Jika tidak, apakah sebab penangguhan tersebut?
175) MASALAH SOSIAL DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan terkini yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah sosial ketika ini.
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini.
175) ANAK SYARIKAT NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Selangor serta objektifnya.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membetulkan hala tuju anak syarikat yang telah tersasar dari objektif penubuhannya?
175) KESELAMATAN JALAN RAYA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Persimpangan di Pekan Rasa (dari Jalan Kuala Kali - Rasa) bersambung dengan FT001 Jalan Persekutuan telah dikategori sebagai 'blackspot' kemalangan jalan raya, apakah rancangan Kerajaan Selangor untuk menaik taraf jalan di situ demi menjamin keselamatan pengguna jalan?