174) DATA EKONOMI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan data-data penting ekonomi negeri sejak tahun 2000 hingga kini.
-
Apakah faktor-faktor yang boleh mengukuh dan melemahkan ekonomi negeri?
174) PRESTASI KEWANGAN KUIS DAN UNISEL
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari 2020 hingga kini.
-
Bagaimanakah kedua-dua pusat pengajian ini menampung kos operasi sepanjang pandemik COVID-19?
174) PEMBANGUNAN TANAH-TANAH YANG TELAH DIWARTAKAN SEBAGAI TAPAK MASJID, SURAU DAN SEKOLAH AGAMA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah proses bagi sekolah agama untuk memohon tanah membina bangunan baru untuk menampung kepadatan murid sekolah?
-
Bagaimanakah cara atau kaedah yang mudah bagi permohonan pengwartaan baru tanah?
-
Apakah insentif murid yang cemerlang dalam ujian UPKK dan psra dari Kerajaan Negeri?
174) PROJEK KERAJAAN NEGERI TERBENGKALAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nilai dan projek Kerajaan Negeri yang terbengkalai sehingga kini
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas projek terbengkalai tersebut?
174) DATUK BANDAR, YANG DIPERTUA & PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan sistem ÒKPIÓ bagi kesemua Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis dan Pegawai-Pegawai Daerah?
-
Adakah Rakyat Negeri Selangor berpuas hati dengan kerja-kerja serta tindakantindakan kesemua Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis dan Pegawai-Pegawai Daerah?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani Datuk Bandar, Yang DiPertua dan Pegawai Daerah yang masih degil serta tidak mahu bekerja keras?
174) SUNGAI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Sepanjang tempoh 2018-2021 berapakah jumlah peruntukan JPS untuk membersihkan sungai di Daerah Hulu Langat?
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk membersihkan dan memperbaiki sungai-sungai di Semenyih?
174) KILANG HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kilang haram yang ada dalam Selangor mengikut PBT.
-
Nyatakan SOP yang ada oleh PBT untuk menutup kilang haram dan tempat pembuangan sampah haram.
174) SKIM BANTUAN AM KEBAJIKAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan susulan kerajaan terhadap teguran Ketua Audit Negara terhadap pembayaran skim bantuan am yang merupakan antara yang terendah di Malaysia memandangkan rizab kewangan kerajaan semakin kukuh?
-
Apakah garis panduan kemiskinan yang digunakan oleh JKM Selangor?
174) Apakah pihak kerajaan ingin menggubal peraturan yang mewajibkan setiap premis perniagaan dan kediaman memasang bendera Malaysia dan bendera Negeri Selangor pada hari kebangsaan?
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam membantu Kerajaan Persekutuan melaksanakan manifesto PH PRU14?
-
Sejauh manakah manifesto PH PRU14 terpakai untuk perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan Negeri?
174) TAMAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap Taman Warisan Negeri Selangor yang terletak di Gombak?