173) SEKOLAH TAHFIZ
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah sekolah tahfiz di Selangor yang berdaftar dan tidak berdaftar mengikut DUN.
-
Apakah tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk membantu sekolah-sekolah tahfiz?
-
Berapakah jumlah peruntukan kepada sekolah tahfiz dari 2014-2017 mengikut tahun?
173) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah tahap kemajuan terkini pada projek Pembersihan Sungai Klang yang dijangka menjadi nadi baru ekonomi Selangor
-
Apakah tahap kemajuan terkini pada projek Pembangunan Semula Bandar
-
Bilakah proses pengambilalihan air Selangor oleh negeri diselesaikan dan apakah halangan terkini yang dihadapi untuk merealisasikan harapan tersebut.
173) BIASISWA IPT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah orang anak Selangor berjaya memperoleh Biasiswa Pengajian Tinggi yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri sejak 2008 sehingga 2012?
-
Sila memberikan maklumat penerima biasiswa mengikut pecahan kaum dan mengikut tahun.
173) PEMBANGUNAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar kemiskinan rakyat di Negeri Selangor?
-
Apakah bacaan yang kerajaan gunakan bagi mengukur rakyat yang dalam kategori miskin bandar?
-
Apakah program yang dapat membantu usaha pembasmian kemiskinan rakyat Selangor?
173) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan apakah perkembangan dan pencapaian terkini Rumah Selangorku?
-
Sila kemukakan butiran mengenai jumlah dan peratus senarai pemohon yang berjaya mendapat tawaran Rumah Selangorku?
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan langkah proaktif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan pemohon mendapat pinjaman?
173) Infrastruktur Sekolah Rendah Agama (SRA) Di Daerah Kuala Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu beberapa Sekolah Rendah Agama di Daerah Kuala Selangor yang kelihatan uzur dan sudah lama tidak diselenggara.
173) TEMPOH LANJUTAN PAJAKAN TANAH DAN KADAR PREMIUM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Berapa lamakah Kerajaan Negeri melanjutkan tempoh pajakan tanah bagi pemilikan yang sudah tamat tempoh 99 tahun dan berapakan kadar premiumnya.
173) KELESTARIAN BANDAR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap pencapaian Bas Smart Selangor dari sudut menggalakkan penggunaan pengangkutan awam?
-
Apakah rancangan dalam setiap PBT untuk mengurangkan emisi karbon?
-
Apakah perancangan menyediakan laluan tanpa halangan (barrier free) di setiap PBT untuk OKU dan orang kecacatan fizikal?
173) PROMOSI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah program yang telah dijalankan pada tahun 2024 dalam mempromosikan sektor pelancongan Negeri Selangor?
-
Apakah pelan strategik Kerajaan Negeri Selangor dalam mempromosikan pelancongan di Negeri Selangor untuk tempoh 5 tahun akan datang?
173) MASJID DAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci jumlah masjid dan rumah ibadat bukan Islam mengikut daerah.
-
Berapakah jumlah pembinaan rumah ibadat bukan Islam yang baru dibina sejak 2008-2018 mengikut daerah?
-
Apakah kriteria dan syarat untuk membolehkan suatu rumah ibadat bukan Islam itu dibina?