173) PEMULIHAN PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Pemilik rumah dan JMB kos rendah dan sederhana rendah sering mengeluh kedaifan perumahan mereka, apakah usaha yang boleh Kerajaan Negeri laksanakan?
-
Isu berkaitan struktur, kecantikan bangunan, turapan jalan sering dibangkitkan. Apakah cadangan solusi pihak kerajaan?
-
Apakah perancangan program Smart Partnership pemulihan pangsapuri akan dilaksanakan di DUN Batu Tiga pada tahun ini?
173) PEMBANGUNAN BERKONSEPKAN BUILD, OPERATE AND TRANSFER (B.O.T)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengamalkan konsep BOT dalam pembangunan projek dan apakah syarat-syarat untuk Projek BOT?
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk membantu PBT yang memiliki tanah tetapi tiada dana untuk bangunkan kemudahan awam seperti dewan dan gerai untuk penjaja kecil?
173) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perumahan kos rendah yang pernah dibina oleh PKNS sejak ia diwujudkan
-
Apakah usaha PKNS memulihkan serta menyegarkan semula perumahan-perumahan kos rendah yang lama. Senaraikan perumahan-perumahan tersebut dan yang dipulihkan?
173) SUMBER AIR BERSIH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi memastikan sebarang gangguan terputusnya bekalan air tidak melebihi dari 1 hari keperluan penggunaan rakyat?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menggunakan kaedah 'reverse osmosis'?
173) TANAH-TANAH KERAJAAN YANG TIDAK DIBANGUNKAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang memberi kebenaran menggunapakai tanah kerajaan yang tidak diusahakan bagi tujuan ekonomi?
-
Bagaimanakah cara memohon?
-
Berapa lamakah tempoh kelulusan?
173) PROJEK PERUMAHAN LADANG AIR MANIS SABAK BERNAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Mohon penjelasan dari YAB, Projek Perumahan Ladang Air Manis Sabak Bernam, i. Akan diteruskan atau dibatalkan. ii. Jika diteruskan, nyatakan pembahagian jenis rumah yang ditawarkan dengan jumlah unit dan harga
173) PEMBELAAN KAUM PEKERJA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apa dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa peluang-peluang pekerjaan anak-anak tempatan tidak di anak tirikan oleh pekerja-pekerja asing?
173) AKTIVITI EKONOMI UTAMA SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
-
Butir-butir aktiviti ekonomi dalam Negeri Selangor mengikut jenis, iaitu perindustrian, perkhidmatan, pertanian dan sebagainya dan sumbangan mereka kepada keseluruhan ekonomi Negeri Selangor dalam tahun 2012?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan aktiviti perindustrian yang tidak "labour intensive"
173) SKIM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima dan jumlah pinjaman skim ini sehingga kini?
-
Nyatakan peratusan kegagalan peminjam membayar balik dalam waktu pandemik.
-
Nyatakan jumlah kelulusan peminjam baharu pada 2019 dan 2020.
173) PUSAT MAKLUMAT PELANCONG DI SEKINCHAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Pusat tersebut?
-
Sila nyatakan bilakah Pusat Maklumat Pelancong akan direalisasikan bagi membantu mempromosikan sektor pelancongan di Sekinchan?
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan?