172) MASALAH BANJIR DI DUN SENTOSA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Banjir kilat sering berulang berlaku di kawasan perumahan Taman Sentosa serta Kampung Jawa. Apakah langkah yang telah diambil dan juga perancangan Pihak Kerajaan Tempatan dan JPS untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah sebab utama banjir kilat sering berlaku di Taman Sentosa?
172) SKIM PEDULI SIHAT & KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Setelah penjajaran dibuat terhadap kedua-dua skim ini, berapakah bilangan nama penerima terkini dan bilangan nama yang ditolak? Senaraikan mengikut pecahan DUN.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menggantikan inisiatif-inisiatif ini kepada golongan sasar yang terlibat?
172) PROGRAM PEDULI SIHAT
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri tentang kelangsungan Program Skim Peduli Sihat memandangkan Kerajaan Pusat kini ditadbir oleh Pakatan Harapan.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan atau membatalkan Program Peduli Sihat tersebut memandangkan kewangan Kerajaan Pusat dihimpit dengan jumlah hutang negara yang besar jumlahnya?
172) PROJEK GO RURAL
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perkembangan Projek Ò Go RuralÓ yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri
-
Berapakah jumlah peruntukan yang akan disalurkan kepada Daerah Kuala Langat?
-
Peruntukan yang diturunkan sebagai pembangunan infrastruktur asas di DUN Telok Datok.
172) KEMPEN JERIT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
YAB Menteri Besar telah melancarkan kempen berbasikal JERIT , Jaringan Rakyat Tertindas pada bulan November, 2008 dan menyokong tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh kempen ini . Tuntutan-tuntutan kempen ini ialah : i) Akta Gaji Minima ii) Kawal Harga Barang iii) Hentikan Penswastaan Kemudahan Asas seperti Air iv) Perumahan Selesa untuk Rakyat v) Laksanakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan dan vi) Mansuhkan ISA. Sejauh manakah Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mengimplementasikan tuntutantuntutan kempen tersebut di bawah kuasa implementasi Kerajaan Negeri Selangor?
172) INDEKS JENAYAH SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan kes jenayah dan jenis yang berlaku di Selangor mengikut daerah pada tahun 2014 & 2015.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor dan nyatakan hasilnya?
172) PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN ROHANI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi dan kejayaan negeri Selangor selama diperintah oleh pakatan rakyat dalam membangunkan pembangunan rohani dalam masyarakat berbagai kaum?
-
Berapakah jumlah rumah ibadat Islam (masjid dan surau) dan bukan Islam yang berdaftar di negeri Selangor?
-
Adakah rumah-rumah ibadat ini telah memainkan peranan dalam membantu pembangunan rohani atau moral rakyat Selangor?
172) PROSEDUR TERKINI PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur terkini penyampaian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
-
Adakah berlaku sebarang penyelewengan wang atau ketidakpatuhan prosedur semenjak skim ini diperkenalkan? Nyatakan.
172) KEDAI MBSA TERBAKAR DI JALAN GAJAH 23, KAMPUNG KUBU GAJAH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Bilakah perancangan MBSA untuk membaik pulih kedai-kedai yang terbakar?
-
Berapakah anggaran kos baik pulih tersebut?
-
Bilakah kerja baik pulih ini akan dimulakan?
172) GERAI-GERAI MAJLIS BANDARAYA ( MBPJ DAN MBSA )
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan dalam pembangunan gerai-gerai tersebut ?
-
Apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa gerai-gerai sedia ada boleh di gunakan mengikut kesesuaian semasa ?