172) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Nyatakan KPI Tahun Melawat Selangor 2025.
-
Nyatakan strategi mencapai KPI berkenaan.
172) KEMPEN JERIT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
YAB Menteri Besar telah melancarkan kempen berbasikal JERIT , Jaringan Rakyat Tertindas pada bulan November, 2008 dan menyokong tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh kempen ini . Tuntutan-tuntutan kempen ini ialah : i) Akta Gaji Minima ii) Kawal Harga Barang iii) Hentikan Penswastaan Kemudahan Asas seperti Air iv) Perumahan Selesa untuk Rakyat v) Laksanakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan dan vi) Mansuhkan ISA. Sejauh manakah Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mengimplementasikan tuntutantuntutan kempen tersebut di bawah kuasa implementasi Kerajaan Negeri Selangor?
172) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN PENCAHAYAAN JALAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah Berapakah peruntukan bagi penyelenggaraan pencahayaan jalan kampung untuk tahun 2021 dan 2022?
-
Nyatakan kos perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi penyelenggaraan pencahayaan jalan mengikut DUN di Selangor?
172) INDEKS JENAYAH SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan kes jenayah dan jenis yang berlaku di Selangor mengikut daerah pada tahun 2014 & 2015.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor dan nyatakan hasilnya?
172) PROSEDUR TERKINI PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur terkini penyampaian sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
-
Adakah berlaku sebarang penyelewengan wang atau ketidakpatuhan prosedur semenjak skim ini diperkenalkan? Nyatakan.
172) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Peruntukan sebanyak RM807,500.00 telah disalurkan ke Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap DUN Selangor. Apakah program-program yang telah disediakan oleh PWB?
-
Nyatakan statistik wanita yang menyertai program PWB mengikut Parlimen dan DUN?
-
Adakah Penyelia PWB telah diberikan pengiktirafan rasmi dan elaun tetap oleh kerajaan negeri?
172) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Satu senarai pelabur tempatan dan asing yang telah dan bakal melabur di Selangor dalam tempoh satu tahun yang lalu dengan huraian terhadap nilai, lokasi, jenis pelaburan dan bilangan peluang pekerjaan yang dapat dijana.
-
Apakah strategi pelaburan kerajaan negeri untuk dua tahun akan datang?
172) TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH DI SUNGAI KEMBONG
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Tempat pelupusan sampah yang dibuka semula secara sementara di Sungai Kembong dijanjikan akan ditutup sepenuhnya pada April 2010. Mengapakah tapak itu masih dibuka hingga kini?
-
Apakah masalah yang dihadapi MPKj hingga membenarkan sampah dibuang semula ke sini?
-
Adakah plan jangka panjang bagi mengatasi masalah pembuangan sampah bagi MPKj?
172) PRESTASI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah anak syarikat Kerajaan Negeri setakat ini?
-
Berapakah jumlah syarikat profit & non-profit?
-
Apakah kerajaan akan mengekalkan anak-anak syarikat profit oriented yang sudah tidak mencapai prestasi kewangan yang memuaskan?
172) PERCANGGAHAN GUNA PAKAI TANAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Difahamkan dalam jawapan soalan mulut saya dalam Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat tahun 2011 bahawa kelulusan pembangunan atas tapak tanah Lot 1244 Taman Prima Selayang adalah bagi membina Ô1 unit Bangsal Terbuka dan 1 unit Kabin untuk Pejabat Ô, sedangkan, pada hari ini, apa yang jelas kelihatan adalah bangunan konkrit kilang sejuk beku. Syarat nyata guna pakai tanah tersebut oleh Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Selayang (MPS) adalah untuk tapak gerai. Dimaklumkan juga bahawa Jabatan Pelan Bangunan MPS telah pun mengeluarkan kompaun kepada pemilik. Berapakah kuantum kompaun serta syarat-syarat lain yang telah dikenakan kepada tuan punya bangunan kerana kesalahan tersebut?
-
Bagaimanakah milik tanah kerajaan yang telah dikhususkan untuk rakyat tempatan berniaga secara kecil-kecilan (gerai) boleh ditukar kepada milik individu yang jelas hanya memberi kepentingan kepada individu itu sahaja?
-
Berapa lamakah tempoh milikan sementara yang telah diberikan kepada individu tersebut untuk beroperasi serta jaminan yang diberikan supaya tanah itu akan dapat dikembalikan untuk kegunaan bersama rakyat?