172) MANFAAT PELABURAN ASING

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah strategi Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat mendapat manfaat dari kemasukan pelaburan asing ke Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang wujud hasil dari kemasukan pelaburan asing pada 2016?

    Klik jawapan »

172) BORANG LALU IZIN DUN MERU

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah permohonan lalu izin yang diterima sejak tahun 2018 sehingga kini dan berapa yang telah disiapkan dan berapa yang masih lagi belum diluluskan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan setahun untuk setiap DUN bagi permohonan lalu izin?

    Klik jawapan »

172) JALAN LUAR BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri mengikut pecahan setiap daerah untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar dalam tempoh 2009-2012?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan yang bakal dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang?

    Klik jawapan »

172) PEMBUANGAN SISA INDUSTRI DI TEBING SUNGAI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap tebing sungai yang berulang kali menjadi tapak pembuangan sisa industri yang berbau bahan kimia?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri sedar kegiatan pembuangan sisa industri di tepi Sungai Aur, menyebabkan sungai tersebut menjadi sempit dan mengakibatkan banjir?

    Klik jawapan »

172) PELABURAN KE NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis


  1. Walaupun Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia, namun Selangor tidak lagi mendahului negeri-negeri lain dalam kemasukan pelaburan baik dari pelaburan langsung asing (FDI) dan juga pelaburan langsung domestik (DDI). Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), pada tahun 2021, Selangor hanya menduduki tempat ke-4 dengan hanya menerima RM28.8 bilion, jauh ditinggalkan oleh Pulau Pinang di tempat pertama yang menerima RM83.5 bilion. Apakah punca Selangor tidak lagi menjadi perhatian utama kemasukan pelaburan di Malaysia?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan dan hala tuju Kerajaan Negeri dalam memastikan Negeri Selangor kembali menjadi destinasi paling utama bagi kemasukan pelaburan di Malaysia?

    Klik jawapan »

172) MASALAH SAMPAH DI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan yang boleh dan sedang dimainkan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) untuk mengatasi masalah sampah haram di peringkat PBT?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah kontraktor sampah domestik KDEBWM di Kuala Langat dan senaraikan kekuatan dan semua aset kepunyaan kontraktor-kontraktor ini.

    Klik jawapan »

172) PROJEK LRT3

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini projek LRT3?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah rungutan dan aduan yang diterima berpunca dari pembinaan LRT3.

    Klik jawapan »

172) PEWARTAAN TANAH REZAB SUNGAI DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan sungai di Selangor yang direkodkan oleh agensi-agensi yang berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Daripada jumlah sungai yang ada, berapa banyak tanah rizab sungai yang telah diwartakan (gazeeted) dan yang belum diwartakan?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan kos penyelenggaraan sungai mengikut PBT dan tindakan yang dikenakan kepada penceroboh tanah rizab sungai

    Klik jawapan »

172) PORTFOLIO PENERANGAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya

    Klik jawapan »

172) PELAKSANAAN GAJI MINIMA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Pusat dan Kementerian Sumber Manusia telah bergerak ke hadapan dengan serius untuk melaksanakan gaji minima untuk pekerja . Pihak Kerajaan Negeri masih berlengah dan gagal menyediakan suatu mekanisme ke arah mengimplementasikannya di Selangor. Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk mengimplementasikan gaji minima ini di semua anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC)

    Klik jawapan »