171) HASIL PASIR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah pendapatan dari hasil pasir terjejas akibat COVID-19?
-
Nyatakan jumlah bayaran royalti, keuntungan sebelum cukai dan hasil jualan pasir dari 2018-2020.
171) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengembalikan program khairat kematian dengan nilai yang lebih rendah, memandangkan terdapat permintaan yang tinggi dalam kalangan Rakyat?
171) USAHA-USAHA MENGENAI ISU KESAMARATAAN GENDER
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor mengenai isu kesamarataan Gender?
171) WEST COST EXPRESWAY (WCE)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan WCE khususnya di kawasan Tg Karang?
-
Nyatakan jumlah aduan yang diterima berkenaan WCE dan tindakan yang diambil.
171) JUMLAH KADAR JENAYAH DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes-kes ragut dan rogol mengikut daerah bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 di Negeri Selangor ?
-
Sila berikan senarai kes-kes tersebut mengikut peratus bagi setiap bangsa Melayu, Cina dan India
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan di ambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah rogol dan ragut ini ?
171) PINTASAN HULU CHUCHUH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan pintasan Hulu Chuchuh yang telah diumumkan oleh YAB MB Selangor pada tahun 2018 dan diumum sekali lagi pada pembentangan belanjawan 2023 pada November 2022 yang lepas?
171) PENGURUSAN SAMPAH YANG BERKESAN DI WAKTU HARI PERAYAAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri mempunyai persiapan khas di musim perayaan bagi mengelakkan timbunan sampah bagi anak Selangor yang balik beraya?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri supaya krisis sampah di Selat Klang semasa Hari Raya Idulfitri tidak berulang?
171) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN DUN SUNGAI BURONG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan yang sedang dilaksanakan di kawasan DUN Sungai Burong dan jumlah peruntukannya.
-
Sila nyatakan projek-projek pembangunan Kerajaan Negeri Selangor yang sedang dilaksanakan dalam kawasan DUN Sg Burong dan jumlah peruntukannya.
171) PERANGSANG TEMPLER GOLF CLUB
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berdasarkan maklumat media Perangsang Templer Golf Club telah dimajukan sebagai projek kediaman dan anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad turut terlibat. Apakah perincian projek ini?
-
Apakah dasar kerajaan negeri terhadap pembangunan semula sesebuah kawasan seperti padang golf?
-
Apakah impak projek seperti ini terhadap ekonomi Negeri Selangor?
171) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor.
-
Nyatakan keluasan tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan dan juga yang telah digantikan bagi tempoh 5 tahun ini.