171) MAIS DAN JAIS
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah perbezaan peranan dan tanggungjawab MAIS dan JAIS?
-
Sila nyatakan kewangan dan hartanah atau pegangan JAIS dan MAIS hingga Jun 2011.
-
Adakah Ketua Pengarah JAIS terus bertanggungjawab kepada YAB Menteri Besar?
171) BANJIR KILAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak berkaitan mempunyai solusi kepada masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Serendah Makmur,Serendah dan juga di persimpangan tol Bukit Beruntung yang berpunca daripada masalah sistem perparitan yang tidak di selia dengan baik?
171) AIR SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah KM panjang penggantian paip air lama bagi tahun 2024 dan kos yang dibelanjakan?
-
Berapakah NRW dan rizab air Selangor terkini?
171) PENCEMARAN ANAK SUNGAI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah pencemaran anak sungai di dalam negeri.
171) SELVAX
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Berapakah pembelanjaan Kerajaan Negeri untuk pembelian vaksin?
-
Berapakah pendapatan Kerajaan Negeri daripada program SelVAX berbayar dan saluran pendapatan lain setakat ini?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan baki jumlah yang telah dibelanja bagi pembelian vaksin?
171) KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini berkenaan Kompleks Sukan Shah Alam?
-
Adakah kompleks sukan ini akan dijadikan stadium utama bagi SUKMA 2026?
171) KUTIPAN HASIL
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri Selangor telah menjalankan pelbagai strategi untuk meningkatkan kutipan hasil. Sejauh manakah strategi-strategi tersebut telah berjaya meningkatkan hasil secara berkesan ?
-
Sila senaraikan jumlah kutipan hasil Taksiran di Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah daripada tahun 2008, 2009 dan sehingga suku pertama tahun 2010. Sila juga senaraikan jumlah tunggakan cukai taksiran tersebut untuk tahun 2008 dan 2009
-
Sila senaraikan jumlah kutipan cukai tanah mengikut Pejabat Penyata Tanah di Negeri Selangor mengikut tahun 2008 dan 2009. Sila juga senaraikan tunggakan cukai tanah tersebut untuk tahun 2008 dan 2009.
171) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah status kajian pengangkutan awam di Negeri Selangor?
-
Siapakah ahli jawatankuasa dan latar belakangnya?
-
Jangkaan dalam berapakah tahun kerajaan Selangor boleh memajukan sistem pengangkutan awam ?
171) JANJI MANIFESTO: MEMILIKI RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali
Kategori: Mulut
-
Mengenai janji Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap keluarga memiliki rumah. Seperti yang diumumkan, keluarga yang berpendapatan rendah hanya perlu membayar RM1,000.00 untuk memiliki sebuah rumah mampu milik. Adakah Menteri Besar sedar bahawa rakyat Selangor merasa tertipu dalam hal memiliki rumah sendiri. Seperti yang diketahui agensi kerajaan dan syarikat swasta atas pertimbangan keuntungan lebih berminat membangunkan rumah kos sederhana dan mewah yang di luar kemampuan majoriti rakyat Selangor?
-
Bilangan rumah kos rendah di bawah Skim Perumahan Mampu Milik yang telah dibina sejak skim itu dilancarkan pada tahun 2009?
171) SKIM TAWAS, TUNAS, SIKEMBAR, HADIAH PENGAJIAN IPT SELANGOR, INSENTIF PERKAHWINAN BELIA, MIKROKREDIT, MIMBAR, SKIMSEL & SMUE
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai lengkap jumlah penerima TAWAS, TUNAS, SiKEMBAR, Hadiah Pengajian IPT Selangor, Insentif Perkahwinan Belia, Mikrokredit, MIMBAR, SkimSel, SMUE untuk mahasiswa setakat tahun 2013 di DUN Teratai
-
Sila kemukakan senarai 1 Kampung 1 Industri yang sedangkan dilaksanakan di setiap kampung Negeri Selangor