170) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini biasiswa Menteri Besar?
-
Nyatakan jumlah penerima biasiswa dari 2016-2018.
-
Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2016-2018.
170) MANIFESTO KEMUDAHAN KESIHATAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Dimaklumkan bahawa Tabung Dialisis Rakyat Selangor tidak diwujudkan atas sebab Pusat Dialisis Rakyat telah dibangunkan melalui smart partnership antara kerajaan Negeri Selangor dan sebuah syarikat swasta. Mengapa masih wujud manifesto penubuhan Tabung Dialisis Rakyat Selangor pada PRU ke-13 oleh Pakatan sedangkan ia tidak diperlukan?
-
Berapakah bilangan Pusat Dialisis Rakyat dan senaraikan mengikut daerah?
-
Sejauh manakah kejayaan kemudahan kesihatan ini dan nyatakan kejayaan tersebut?
170) PENDAPATAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pendapatan PBT di Selangor dari 2019 hingga 2021.
-
Apakah faktor yang menyumbang perbandingan hasil pendapatan tersebut?
170) PIAWAIAN BAIKPULIH DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai piawaian atau benchmark baikpulih sesebuah dewan orang ramai di bawah PBT?
-
Berapakah kos baik pulih dewan orang mengikut DUN di MPK?
171) PEMBINAAN RUMAH IBADAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri akan membina rumah-rumah ibadat yang baru di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah rumah ibadat yang bakal dibina pada tahun 2015 mengikut PBT?
171) PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Berikan senarai Perpustakaan PPAS di seluruh Negeri Selangor beserta kategori ; negeri, daerah, dll.
-
Apakah perancangan program PPAS bagi tahun 2024?
-
Berapakah MOU yang telah ditandatangani oleh PPAS bersama pihak lain setakat ini? Senaraikan.
171) MASALAH PEMINDAHAN PENEROKA-PENEROKA DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd telah gagal mematuhi keputusan MMKN Bil. 15/2015 bertarikh 29.4.2015 dan enggan menerima 181 penama yang dimuktamadkan oleh Majlis Perbandaran Klang tetapi pihak Kerajaan Negeri telah tidak mengambil sebarang tindakan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikannya?
171) PINJAMAN MIKRO KREDIT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Program Pinjaman Mikro Kredit yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri satu usaha yang baik. Bukit Melawati sedang menunggu pelancaran Mikro Kredit di sini untuk golongan berpendapatan rendah. Bank Mikro Kredit Kampong ini mesti diuruskan dengan perbelanjaan yang rendah.Ini boleh dijalankan dengan bantuan anggota sukarela dari NGO (Badan Bukan Kerajaan) seperti cara -cara koperasi beroperasi Grameen Bank di Bangladesh adalah salah satu yang berjaya seperti tersebut di atas. Bank Mikro Kredit Kampong boleh memberi pinjaman dari RM 2000 sehingga maksimum RM 20,000. Memohon penjelasan bagaimana bank ini akan beroperasi dan bila pinjaman -pinjaman boleh diperolehi ?
171) MASALAH PBT
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak PBT mempunyai garis panduan kepada masalah aduan anjing liar?
-
Senaraikan operasi yang telah dibuat untuk menangkap anjing liar mengikut PBT di Selangor pada tahun 2019.
171) TAYAR TERPAKAI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan cara untuk melupuskan tayar terpakai di Negeri Selangor?
-
Apakah inisentif untuk mengalakkan pengguna dan kedai tayar untuk menguna tayar baru?
-
Berapakah agensi yang terlibat dalam membuat dasar untuk pelupusan tayar terpakai?