170) PROGRAM JOM MENGUNDI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama program ini diadakan dan bagaimanakah sambutan orang ramai terhadap program tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk program jom mengundi sepanjang tahun 2009 dan anggaran peruntukan bagi tahun 2010?
-
Sila senaraikan butiran terperinci kesemua perbelanjaan untuk program jom mengundi termasuk elaun petugas dan pegawai sepanjang tahun 2009?
170) MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri kesenian dikawasan bandaraya contoh dikawasan Dun Seri Setia dalam kawasan MBPJ & MBSA?
-
Berapa peratusan pelancong luar negara yang masuk ke Negeri Selangor pada tahun 2022 dan dimanakah tempat yang paling menarik di dalam Selangor?
170) PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN, BANTUAN KESIHATAN , RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan warga Selangor yang telah memperolehi manfaat mengikut program-program tersebut.
170) PROJEK TEBATAN BANJIR KAMPUNG SUNGAI SERAI, HULU LANGAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah status Projek Tebatan Banjir Kampung Sungai Serai ?
-
Bilakah projek ini akan dimulakan ?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membayar ganti rugi kepada penduduk yang musnah harta benda akibat banjir yang kerap berlaku.
170) INSENTIF HASIL PASIR UNTUK JKKK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah disalurkan kepada JKKK hasil dari industri pasir?
-
Bagaimanakah insentif kewangan tersebut dimanfaatkan oleh JKKK dan kampung mereka?
170) AIR TERJUN SUNGAI GABAI, HULU LANGAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat merupakan destinasi pelancongan yang menarik bagi negeri Selangor dan menerima ramai pengunjung pada hujung minggu. Adakah kerajaan negeri atau PBT mempunyai rancangan untuk menaiktaraf kawasan pelancongan tersebut ?
-
Adakah kerajaan negeri atau PBT bercadang melebarkan jalan masuk ke kawasan air terjun terbabit yang begitu sempit dan menyukarkan pengunjung untuk datang ?
-
Sila berikan maklumat lengkap badan ngo atau pihak swasta yang mengendalikan kawasan tersebut sekiranya tidak dikendalikan oleh pihak PBT ?
170) PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon menyatakan jalan-jalan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang dan Daerah Hulu Langat yang telah diselenggara atau dinaiktaraf pada tahun 2016- 2017.
-
Berapakah peruntukan penyelenggaraan jalan raya di kawasan Hulu Langat pada 2016 dan 2017 dan sebanyak mana yang telah dibelanjakan?
170) PROGRAM BOLA SEPAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan kerajaan untuk mencungkil bakat?
-
Peruntukan tahunan dan biasiswa?
170) PEMBANGUNAN SEMULA PERUMAHAN PKNS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
-
Berapakan bilangan pangsapuri PKNS kategori 1 bilik dan 2 bilik yang telah dibina di Selangor mengikut daerah?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membangun semula dan mengganti semula penempatan pemilik memandangkan rumah berkeluarga dengan kapasiti 1 dan 2 bilik sudah tidak praktikal?
-
Berapakah nilai harga rumah semasa bagi semua kategori rumah pangsapuri PKNS sekitar Shah Alam?
170) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos sebenar pengambilalihan pengurusan air Selangor yang baru dimuktamadkan?
-
Dengan muktamadnya perjanjian pengambilalihan pengurusan, apakah langkah kerajaan bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin?