169) KUTIPAN CUKAI TANAH DAN PREMIUM
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah hasil Kerajaan Negeri bagi hasil tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2019, 2020 dan terkini?
-
Selain kutipan hasil premium tanah, nyatakan mengikut pecahan hasil Kerajaan Negeri yang lain bagi tahun 2019 hingga 2021.
169) PENDENGARAN AWAM CADANGAN PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA (HSKKLU)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU) yang sebenar dan cadangan yang hendak dinyahwartakan?
-
Siapakah yang dijemput hadir untuk proses pendengaran awam cadangan Penyahwartaan HSKKLU?
169) BUKU JINGGA & MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan jadual pelaksanaan buku jingga atau manifesto Pakatan Rakyat Selangor tahun 2014
-
Sila kemukakan senarai peruntukan tahun 2014 mengikut tajuk manifesto Pakatan Rakyat Selangor
169) BAU BUSUK DI KAWASAN KUBUR BAHARU PAYA JARAS DAN SEKITARNYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor yang menyebabkan kejadian ini berulang kembali?
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini?
-
Berapakah jumlah kompaun yang telah dikenakan kepada pihak yang terlibat dalam perkara ini pada tahun 2024?
169) TEMPAT LETAK KERETA
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan PBT yang menandatangani kontrak pengurusan tempat letak kereta dengan Suasa Efektif Sdn Bhd dan tempoh perjanjian untuk PBT masing-masing?
-
Apakah bidang tugas syarikat Suasa Efektif Sdn Bhd mengikut perjanjian dan senaraikan jumlah hutang Suasa Efektif Sdn Bhd mengikut PBT?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan hutang tersebut dijelaskan kepada PBT berkenaan dan polisi pengurusan tempat letak kereta kerajaan adalah telus dan efektif agar tidak menjejaskan keefisienan PBT.
169) PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pelajar tempatan di KUIS dari tahun 2008 hingga kini mengikut negeri?
-
Senaraikan jumlah pelajar asing yang menuntut di KUIS mengikut negara masing-masing bagi tahun 2008 hingga kini?
169) PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Sejak pelancaran program air percuma 20m_ pertama, berapakah jumlah penduduk pangsapuri yang telah dapat menikmati bantuan tersebut?
-
Daripada jumlah itu, berapakah jumlah penduduk yang terdiri daripada penghuni pangsapuri kos rendah?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk pangsapuri untuk nikmati program air percuma ini?
169) AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah prestasi Ahli Majlis PBT memenuhi kehendak rakyat?
-
Bagi mereka yang kurang berprestasi, apakah tindakan susulan yang diambil oleh kerajaan negeri?
-
Berapakah peruntukan Ahli Majlis PBT dan perbelanjaan bulanan pejabat Zon PBT?
169) BEKALAN AIR TERAWAT DI TAMAN NAQSYABANDIAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Pada tahun 2016, SYABAS telah menyatakan persetujuan untuk memasang paip retikulasi baru bagi membolehkan air terawat disalurkan ke taman berkenaan. Ingin tahu apakah status pembekalan air di taman itu ketika ini?
-
Pada 2016 juga, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah membuat ujikaji kualaiti air kolam dan air bukit yang digunakan oleh penduduk Taman Naqsyabandiah untuk makan dan minum. Mohon menyatakan hasil ujikaji tersebut dan adakah keputusan ujiakaji itu telah dimaklumkan kepada penduduk berkenaan?
169) PENCAWANG TELEKOMUNIKASI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berikan butiran lengkap jumlah Menara Telco yang terdapat di seluruh negeri dan pecahannya di setiap daerah?
-
Berapakah pula jumlahnya yang dipasang di surau, masjid, tokong, kuil, dan premis perseorangan?