169) PROJEK PEMBANGUNAN SELANGORKU SEJAHTERA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama perancangan projek tersebut dan berapakah peruntukan yang disalurkan?
-
Sila senaraikan kategori pembangunan dan kemudahan infrastruktur yang menjadi fokus utama dalam projek tersebut ?
169) ADUAN JALAN ROSAK MENGGUNAKAN APLIKASI WAZE
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak aduan kerosakan jalan yang telah diterima dan diselesaikan melalui Waze Connected Citizens Programme? Apakah purata tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kerosakan jalan?
-
Apakah purata tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kerosakan jalan?
169) KILANG TANPA KEBENARAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan kini program pemutihan kilang tanpa kebenaran?
-
Bagaimana kerajaan dan peniaga boleh manfaat dalam program ini?
-
Apakah tindakan untuk membantu pemilik tanah yang tidak mempunyai kemampuan untuk menyertai program ini?
169) KADAR PENGANGGURAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kadar pengangguran di Selangor dari 2016-201
-
Senaraikan tindakan dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menurunkan kadar tersebut
-
Nyatakan perbandingan kadar pengangguran di Selangor dan negeri-negeri lai
169) PERKAHWINAN PERDANA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah peruntukan untuk penajaan program ini?
-
Adakah dalam perancangan untuk memanjangkan program seperti ini untuk kaum yang lain di Malaysia?
-
Berapa banyakkah telah diperuntukkan bagi Insentif Perkahwinan Belia Bagi Tahun 2013 yang dikeluarkan kepada pasangan pengantin?
169) STATUS TERKINI KEDUDUKAN LADANG TERNAKAN AYAM DESA COALFIELD
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Kita sedia maklum, ladang ternakan ayam di Desa Coalfield telah wujud sebelum dimajukan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya. Syarikat yang menjalankan perusahaan secara sah itu lebih awal meneroka kawasan berkenaan berbanding kebanjiran penduduk di sekitarnya. Pembangunan perumahan yang semakin pesat, akhirnya mengundang masalah bau yang kurang menyenangkan kepada penduduk setempat. Masalah ini sudah saya bangkitkan sejak sekian lama dan bagaimanakah status terkini ladang ayam berkenaan?
-
Saya dimaklumkan pemindahan sedang dibuat. Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini dan faktor-faktor kelewatannya
169) PERSISIRAN PANTAI TERHAKIS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri memantau persisiran pantai yang terhakis di Selangor?
-
Berapakah peruntukan untuk membaikpulih persisir pantai yang terhakis?
169) PEMANTAUAN KERJA PEMBERSIHAN
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah PBT akan memastikan bahawa pemantauan kerja pembersihan longkang, padang dan pengutipan sampah akan menjadi lebih cekap selepas penamatan servis Alam Flora?
-
Bagaimanakah kontraktor baru akan dilantik supaya proses pemilihan menjadi lebih telus?
169) TAPAK PAKIR KERETA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan atau ketiadaan tapak pakir kereta di kawasan perumahan kos rendah?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia meluluskan permit kepada pemilik rumah kos rendah untuk membina garaj di tanah lapang yang bersesuaian berdekatan rumah mereka?
169) AKTIVITI KAWALAN ANJING LIAR, MONYET DAN LEMBU TERBIAR DI SELANGOR MENGIKUT PBT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan aktiviti kawalan anjing liar, monyet dan lembu terbiar di Selangor mengikut PBT.
-
Apakah pencapaian setakat tahun lalu berbanding tahun sebelumnya?