169) TAPAK USAHAWAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai mengikut DUN lokasi tapak usahawan, tapak bazaar, tapak pasar malam dan tapak uptown di seluruh Selangor.
-
Sila nyatakan program-program yang boleh dimohon oleh Usahawan Selangor.
-
Sejauh manakah keberkesanan program Hijrah Selangor kepada usahawan Selangor?
169) PROGRAM PEDULI RAKYAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan untuk penjagaan kesihatan keluarga pendapatan di bawah RM3000.00 ke bawah
-
Nyatakan jumlah penerima Kad Peduli Rakyat mengikut daerah di Negeri Selangor setakat ini.
169) MASA YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEJABAT DAERAH/TANAH PETALING UNTUK PROSES BAKI PERMOHONAN GERAN KEKAL
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapa lamakah masa yang perlu diambil oleh Pejabat Daerah Petaling untuk proses baki permohonan geran kekal Kampung Seri Aman?
169) KELULUSAN UNTUK KEBENARAN MERANCANG
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan Kebenaran Merancang yang telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan nisbah plot melebihi yang dibenarkan oleh Rancangan Tempatan tau Piawaian Perancangan sejak 2008?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kelulusan tersebut?
169) BANDAR SHAH ALAM SEBAGAI BANDAR TAMAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah misi dan visi pembinaan bandar Shah Alam sejak awal?
-
Adakah hasrat awal itu tercapai?
-
Apakah identiti ketara yang mahu ditonjolkan di Shah Alam.
169) SELGATE CORP SDN BHD
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah misi, visi dan rancangan pembangunan dan perniagaan anak syarikat PKNS, Selgate Corp Sdn Bhd dalam menceburi bidang kesihatan melalui usahasama dengan syarikat swasta?
-
Bagaimana rakyat Selangor secara amnya boleh bermanfaat daripada usahasama ini?
169) KAWASAN INDUSTRI ZURAH RASA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini permohonan PKNS untuk mengeluarkan hakmilik individu kepada pemilik kilang di Kawasan Industri Zurah Rasa.
-
Senaraikan pembeli yang memberi lebih daripada 5 lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa dengan butiran seperti tahun membeli, harga jualan PKNS, dan sebagainya
-
Adakah PKNS akan mengambil tindakan terhadap pembeli yang belum mengemukakan kelulusan pelan bangunan setelah 2 tahun membeli lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa? Jika tidak, nyatakan sebabnya
169) TANAH PERSEKUTUAN DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah persekutuan yang berada di Selangor dan statusnya.
-
Adakah usaha sama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tanah tersebut?
169) KESIHATAN RAKYAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan untuk melaksanakan janji memberi 90 hari cuti bersalin kepada wanita bekerja dan 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin?
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan janji untuk memberi cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami?
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan janji untuk menyediakan perubatan percuma kepadawarga 65 tahun ke atas?
169) PROJEK PEMBANGUNAN SELANGORKU SEJAHTERA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama perancangan projek tersebut dan berapakah peruntukan yang disalurkan?
-
Sila senaraikan kategori pembangunan dan kemudahan infrastruktur yang menjadi fokus utama dalam projek tersebut ?